Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
Diriwayatkan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda yang bermaksud:
Diriwayatkan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda yang bermaksud:
Setelah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud.. "Tidak."
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'MUHAMMAD.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud.
"Yaa Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lalu ia berkata dalam sujud:
"Yaa Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat MUHAMMAD terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1.ALLAH SUBHANAHU WA TAALAALLAH SUBHANAHU WA TAALAtelah menyembunyikan redaNya dalam taat.
2. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang 5 waktu)
6. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam.....
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Hadis nabi Riwayat dan Sanadnya ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan