Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 7 Julai 2012

A 99 KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S




Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud as sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud as berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki ALLAH dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud as selesai berkata begitu, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud as. "Wahai Nabi ALLAH! ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca:

'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar,' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud as. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud as menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maka Nabi Daud as pun bertaubat dan menyerah diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Begitulah sikap para Nabi Daud as apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan