Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 6 Julai 2012

A 54 : LIMA BELAS SEBAB TURUNYA MUSHIBAH


Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila 
harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila 
zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang 
diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila 
suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila 
kedengaran banyak bunyi bising. *

8. Apabila 
lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu 
terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila 
memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila 
arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila 
lelaki memakai sutera.

13. Apabila 
perempuan dijemput menghiburkan lelaki. *

14. Apabila 
wanita memainkan alat-alat muzik. *

15. Apabila 
orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan