Daripada Tsauban ra berkata: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn."
Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai RASULULLAH?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati."
(H.R. Abu Daud)
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000
juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti,
dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun
berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri
kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahn" yang merupakan
penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua,
iaitu cinta dunia dan takut mati. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat
dipisahkan.
Cinta dunia bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Manakala
Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Kita berdoa agar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. In sya ALLAH.
Kita berdoa agar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. In sya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan