Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh
keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa
bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam
Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebagian ayat yang
menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah,
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan
burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila
mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut,
masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan
tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar
perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk
mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua
orang tuaku; karuniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau
ridhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang
soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut
sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor
semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu
satu tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu
memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka
botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan
sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak
menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri
kepada Allah, jawab si semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia
tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah
engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh
sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan
sebagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya
adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT
semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha
Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri
Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat
dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang
tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi
Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya
tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak
percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi
Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya
lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan