Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 7 Julai 2012

A 84 KISAH SEORANG PEMUDA YANG KEDUA IBUBAPANYA SEPASANG BABI

Nabi Musa AS adalah satu-satunya nabi yang diizinkan berdialog langsung dengan ALLAH SWT Setiap kali hendak bermunajat dan berdialog dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, Nabi Musa naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia berdialog dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Nabi Musa sering bertanya dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab saat itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. “Ya ALLAH, siapakah orang di syurga kelak yang akan menjadi sahabatku?” ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun menjawab dengan memberitahu sebuah nama, nama kampungnya serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa benar-benar penasaran dengan orang itu. Betapa istimewanya dia, tidak dikenal tetapi kelak setingkat dengan Nabi di syurga. Siapakah dia dan apakah amal-amalnya? Musa turun dari Bukit Tursina dan berjalan berhari-hari mencari orang itu ke tempat yang diberitahu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat yang dituju.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk setempat, Musa berhasil bertemu dengan orang tersebut. Ia ternyata seorang pemuda. Setelah memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Anehnya, pemuda itu tidak melayaninya. Dia malah masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu dituntunnya dengan baik dan rasa hormat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Lho, apa-apaan pemuda itu? Ia memelihara babi di rumahnya?” Kata Nabi Musa tersentak kaget dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantarkan kembali ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dituntun diantar kembali lagi ke dalam ke kamar yang sama.

Setelah selesai barulah dia melayani Nabi Musa AS. Musa bertanya hairan:
“Wahai anak muda! Apa agamamu sampai berbuat seperti itu kepada babi?”
“Agamaku agama Tauhid. Aku beriman kepada ALLAH.” Jawab pemuda itu.
“Tapi, mengapa kamu mengurus babi bahkan sampai seperti itu? Kita tidak boleh begitu terhadap babi.” Kata Nabi Musa.

“Wahai Tuan,” kata pemuda itu, “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapaku. Kerana mereka melakukan dosa besar, ALLAH telah mengazab mereka dengan mengganti wujudnya menjadi babi. Soal dosanya itu, biarlah itu urusannya dengan ALLAH. Sebagai anaknya, aku tetap melaksanakan kewajipanku mengurus mereka. Hari demi hari, aku berbakti kepada kedua ibubapaku seperti yang tuan lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku sebagai anak. Sebagai anak, aku harus begitu kepada orang tuaku. Begitulah ceritanya!” kata pemuda itu.

“Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar dosa mereka diampuni. Aku memohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka kembali menjadi manusia yang sebenarnya, tetapi ALLAH masih belum mengabulkan hajatku.” Tambah pemuda itu lirih, sedih dan pilu.

Setelah selesai pemuda itu bercerita, ketika itu juga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS. “Wahai Musa, inilah orang yang akan menjadi sahabatmu di syurga nanti sebagai buah dari baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Ibubapanya yang sudah buruk rupa menjadi babi pun, dia tetap berbakti. Oleh kerana itu, Kami naikkan maqamnya ke darjat yang tinggi di sisi Kami.” Kata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA meneruskan lagi memberi kabar: “Kerana dia telah berada di maqam yang tinggi sebagai anak yang soleh disisiKu, kini Aku kabulkan doanya. Tempat kedua ibubapanya yang tadinya Aku sediakan di dalam neraka, kini telah Kupindahkan ke dalam syurga.” Allahu Akbar!!

Hikmah:

Subhanallah… hormat dan bakti anak yang soleh serta doanya dapat menebus dosa ibu bapaknya yang harusnya masuk ke dalam neraka dipindahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ke dalam syurga. Rasulullah SAW pun bersabda mengingatkan kepada kita: “Ketika meninggal dunia, semua pahala anak Adam terputus kecuali tiga hal: amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Walaupun banyak sekali dosa yang mereka lakukan, kita tidak boleh memusuhi, menjauhi, melupakan dan menelantarkannya. Kewajipan kita sebagai anak adalah berbakti dengan tulus dan ikhlas serta mendoakannya mudah-mudahan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengampuninya. Kisah di atas, semoga menjadi pelajaran dan tauladan buat kita.













1 ulasan: