DARIPADA
Ibni Abbas katanya: Saya dengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
bersabda:
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang berjaya mengawal pada jalan ALLAH.”
Pengertian
Dalam hadis ini, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyatakan dua pengorbanan mata yang mempunyai kelebihan tersendiri.
Pertama,
Mata yang menangis berlinangan semata-mata kerana takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Kedua,
Mata yang berjaga malam mengawal dalam perjuangan meninggikan Islam.
Sehingga api neraka yang panas bernyala-nyala itu padam dan tidak membakarnya lagi.
Kesimpulan
Bertakwalah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tangisilah segala kesilapan yang lalu. Berjuanglah pada jalanNya dan berhati-hatilah mengawal agama dari ancaman musuh.
Hadis nabi Riwayat dan Sanadnya ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan