Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ
"...Orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada ALLAH.”
(Surah 2 AL BAQARAH : 165)
Ciri orang yang beriman adalah mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya melebihi bapa, anak, saudara, isteri, keluarga, kekayaan, bisnes, dan rumah mereka:
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَٰنُكُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٌۭ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍۢ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَٰسِقِينَ
"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari ALLAH dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusanNya." Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
(Surah 9 AT TAUBAH : 24)
Orang yang beriman rela mengorbankan harta dan nyawa mereka demi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
مَا كَانَ لِأَهْلِ ٱلْمَدِينَةِ وَمَنْ حَوْلَهُم مِّنَ ٱلْأَعْرَابِ أَن يَتَخَلَّفُوا۟ عَن رَّسُولِ ٱللَّهِ وَلَا يَرْغَبُوا۟ بِأَنفُسِهِمْ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌۭ وَلَا نَصَبٌۭ وَلَا مَخْمَصَةٌۭ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَطَـُٔونَ مَوْطِئًۭا يَغِيظُ ٱلْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّۢ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِۦ عَمَلٌۭ صَٰلِحٌ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُحْسِنِينَ
"Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai RASULULLAH (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan ALLAH, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik."
(Surah 9 AT TAUBAH : 120)
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِۦ فَسَوْفَ يَأْتِى ٱللَّهُ بِقَوْمٍۢ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَآئِمٍۢ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan ALLAH, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia ALLAH, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui."
(Surah 5 AL MAA'IDAH : 54)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Anas bahawa seorang lelaki dari penduduk kampung datang kepada NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM seraya berkata ;
"Wahai RASULULLAH, Bilakah hari Kiamat akan terjadi?" beliau menjawab: "Celaka kamu, apa yang telah kau persiapkan?" Lelaki itu berkata; "Aku belum mempersiapkan bekal kecuali aku hanya mencintai ALLAH dan RasulNya." Beliau bersabda: "Kalau begitu, kamu bersama dengan orang yang kamu cintai."
Hadis riwayat Anas ra, ia berkata: NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud:
“Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai ALLAH dan RasulNya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah ALLAH menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.”
(Shahih Muslim No.60)
Hadis riwayat Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhuma, ia berkata : NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud :
“Seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang lelaki) tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang.”
(Shahih Muslim No.62)
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْ
"Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka..."
(Surah 33 AL AHZAB : 6)
Pada akhirnya kecintaan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya membuat kita mencintai yang lainnya seperti Ibu, Bapa, Guru, orang-orang yang beriman, bahkan terhadap sesama makhluk hidup.
Cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya di atas yang lain membuat kita boleh pergi berperang dengan mengorbankan harta dan jiwa kita.
Sebaliknya, jika ada orang yang dengan alasan mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya di atas yang lain, lalu terhadap sesama manusia dia tidak sayang bahkan terhadap ibu dan anak-anaknya, maka itu juga keliru.
Hadis riwayat Jarir bin Abdullah ra dia berkata : RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa tidak menyayangi manusia, maka ALLAH tidak akan menyayanginya.”
(Shahih Muslim No.4283)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahawa Aqra` bin Habis pernah melihat NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sedang mencium Hasan. Dia (Aqra` bin Habis) lalu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak namun aku tidak pernah mencium satupun dari mereka. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”
(Shahih Muslim No.4282)
Sewaktu masih kecil Husain cucu RASULULLAH SAW bertaya kepada ayahnya, Sayidina Ali ra: “Apakah ayah mencintai ALLAH?” Ali ra menjawab, “Ya”. Lalu Husain bertanya lagi: “Apakah ayah mencintai datuk dari Ibu?” Ali ra kembali menjawab, “Ya”. Husain bertanya lagi: “Apakah ayah mencintai Ibuku?” Lagi-lagi Ali menjawab,”Ya”. Husain kecil kembali bertanya: “Apakah ayah mencintaiku?” Ali menjawab, “Ya”. Terakhir Si Husain yang masih polos itu bertanya, “Ayahku, bagaimana engkau menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?” Kemudian Sayidina Ali menjelaskan: “Anakku, pertanyaanmu sungguh hebat! Cintaku pada datuk dari ibumu (NABI SAW), ibumu (Fatimah ra) dan kepada kamu sendiri adalah kerana cinta kepada ALLAH.” Kerana sesungguhnya semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setelah mendengar jawapan dari ayahnya itu Husain jadi tersenyum mengerti.
Bagaimana caranya agar kita boleh mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya melebihi yang lain termasuk diri kita?
Sulit memang.
Umumnya orang itu mencintai dirinya sendiri. Jika dia mencintai yang lain, itu kerana 2 hal. Pertama yang lain itu memberi kebaikan, kenikmatan atau kepuasan pada dirinya. Yang kedua adalah kerana yang lain itu merupakan sebab atau perantara pada hal-hal yang memberi kebaikan, kenikmatan atau kepuasan pada dirinya. Contohnya manusia itu senang makanan kerana memberi kepuasan pada dirinya. Dia juga suka kepada wang yang dengan itu, dia boleh mendapat makanan.
Agar kita boleh mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kita harus yakin bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi banyak kebaikan, kenikmatan, dan kepuasan pada diri kita. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan diri kita. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan 2 tangan, 2 kaki, mata dan mulut kita.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
(Surah 16 AN NAHL : 78)
“Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekelian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur.”
(Surah 23 AL MUKMINUUN : 78)
Saat kita mencintai ibu kita, isteri kita, dan anak kita, ingatlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan mereka semua. Tanpa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka tidak akan ada bersama kita. Oleh kerana itu kita harus mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melebihi mereka.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menciptakan semua untuk kita. Diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, bumi, langit, beserta seluruh isinya. Nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang kita terima tidak akan boleh kita hitung.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah 16 AN NAHL : 18)
Hikmah Mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di atas yang lain
Jika kita mencintai selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melebihi rasa cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, hanya akan membuat kita sedih. Kerana selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu fana. Akan binasa. Jika bukan kita yang meninggalkannya, merekalah yang meninggalkan kita. Banyak orang yang frustrasi, depresi, dan putus asa kerana lebih mencintai selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Jika kita lebih mencintai diri kita sendiri, kita akan selalu was-was kerana kita akan jadi tua, buruk, lemah, dan akhirnya meninggal.
Jika kita lebih mencintai ibubapa, isteri, anak, kekasih, dan sebagainya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka jika mereka meninggal, hati kita akan hancur. Hidup kita boleh hampa.
Tapi jika kita mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, ketahuilah bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu kekal. Dia akan selalu bersama kita di dunia dan di akhirat nanti. In sya ALLAH jika kita lebih mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari yang lain, kita tidak kuatir atau pun bersedih hati kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa bersama kita.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali ALLAH itu, tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa."
(Surah 10 YUNUS : 62-63)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan