Firman Allah Dipetik
dari Al-Qur’an dan hadis nabi
“Aku tinggalkan dalam
kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat” selagi kamu
berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunah Rasulullah”.
(s.a.w) (imam malik ) Kira-kira 1400 tahun yang lampau wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhamad s.a.w, melalui Malaikat Jibril
A.S ketika baginda berada di Gua Hira’ iaitu wahyu yang menjadi kunci pembuka
pintu pendidikan yang seluas luasnya.
Wahyu tersebut
berbunyi; IQRA’….Ertinya: “Bacalah (wahai Muhamad ) dengan nama TuhanMu yang
menciptakan ( sekalian makhluk ). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku; Bacalah dan TuhanMulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui
pena dan tulisan, ( Surah Al-Alaq a.1-5).
Firman Tuhan: “Apabila
datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhamad berjaya
menguasai negeri Mekah ).Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah
beramai-ramai”.(Surah An-Nasr a.1-2). Berkata Ibbnu Abbas; “Ini adalah
Rasulullah, pemimpin pasukan berpanji hijau.”Jawab nabi “Alhamdulillah yang
telah memberi petunjuk padamu kepada islam, orang semacam kamu tak pantas tak
kenal kepada islam”.Panji-panji /bendera-bendera islam nabi Muhamad
Laillahaillallah muhamadarasulullah bendera hijau. Panji-panji islam zaman
kalifah Usman bin AffanSabda nabi: Bani Israil berpecah belah kedalam 72 firqah
dan akan berpecah-belah umatku ke dalam 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka
kecuali satu. Orang banyak bertanya firqah yang mana ya Rasulullah? Rasulullah
menjawab: yaitu firqah yang ada di mana saya berada dan sahabat-sahabat saya.
(73 firqah semuanya masuk Neraka, kecuali satu firqah saja ahli Syurga, iaitu
(Orang2 yang mengambil Qur’an dan sunah sebagai panduan hidup, jalan lurus.)
Firman Tuhan :
“Allahlah pelindung orang-orang yang beriman, yang mengeluarkan mereka dari
kegelapan kepada cahaya, dan orang-orang kafir penolong mereka ialah thagut
(syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan”. (Surah
Baqarah).
Firman Tuhan: “
Ingatlah maka barang siapa hatinya dibuka oleh Allah kepada islam, maka ialah
yang mendapat Nur dari TuhanNya. tetapi jika kamu tergelincir dari (jalan
Allah, sesudah datang kepadamu kebenaran, maka ketahuilah bahawasanya Allah
Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”.
(Qur’an)Firman Tuhan:
“Yaitu orang-orang yang menjadikan Agama mereka sebagai main-main dan senda
gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka, maka pada hari ini, (kiamat)
kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari
ini .”
(Qur’an)Firman Tuhan:
“Iaitu orang-orang yang memecah belahkan Agama mereka dan mereka menjadi
beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada
golongan mereka”. (Surah Ar-Rum ).
Firman Tuhan: “Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab Seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu,
kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).” (Dengan itu ) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan
memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa buah
sungai, serta di tempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga
“ ‘Adu’”. Itulah keberuntungan yang besar. (Surah As-Saff a.10-12)
Firman Tuhan: “Yang
mereka sembah selain dari Allah itu, tidak lain hanyalah menyembah berhala, dan
(dengan menyembah berhala itu ) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan
lagi durhaka”.( Qur’an).
Firman Tuhan: “ Hai
orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang kafir menjadi
pemimpin, bukan dari orang yang beriman. Inginkah kamu supaya Allah membuat
alasan yang terang menyalahkan kamu? ( Qur’an). BERITA DARI ALAM GHAIB. KEADAAN
MANUSIA KETIKA DI PADANG MAHSYAR. Setelah selesai penghalauan seluruh manusia
ke Padang Mahsyar di hari kiamat itu, jadilah manusia-manusia itu dalam satu
arena yang sangat luas. Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi
Adam hingga manusia yang paling akhir dimatikan. Mereka semua disuruh berbaris
dan menunggu satu pemeriksaan yang menakutkan dalam Persidangan Mahkamah Allah.
Masing-masing diliputi rasa takut dan khuatir, sedih dan gelisah, binggung,
bimbang dan panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya, ke neraka
manakah aku ini. Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan
penuh rasa debar dan gementar kalau boleh mahu dihidupkan semula di dunia dan
mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah. Tapi apakan daya
nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan yang akan Allah
timpakan. Dalam upacara di Padang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan
berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup di dunia
dahulu. Sebagaimana telah ditegaskan dalam firman Allah yang berbunyi ;“
Ingatlah suatu hari ( yang dihari itu ), kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya
Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan dipasang bendera, sepanduk dan
panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan
panji-panji itulah yang disebut “Liwaul hamdi’’ iaitu bendera pujian. Umat
Islam akan berbaris dengan beberapa barisan di bawah panji-panji, sesuai dengan
apa yang telah mereka taati dalam hidupnya. Apakah ia ahli yang jujur, seorang
zalim, zuhud, dermawan, syuhada, qari, muadzin dan sebagainya, ini semua akan
ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinya sendiri. Dalam satu riwayat bahawa
Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya.
Maka baginda bersabda; “ Panjangnya dapat di tempuh 1000 tahun, di mana
tertulis ‘Laillaha illallah muhamadarasulullah‘. Dan lebarnya antara langit dan
bumi. Adapun bahanya dari yakut yang merah, tiangnya dari perak yang putih dan
zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur ( cahaya ). Satu
cahaya ke arah Timur, satu cahaya di tengah-tengah dunia dan yang satunya
berada di arah barat. Pada menara itu tertulis 3 baris; Baris pertama
tertulis;‘ Bismillahir Rahman Nir Rahim’ Ertinya: Dengan nama Allah yang maha
pemurah lagi maha penyanyang. Baris kedua tertulis; ‘Alhamdulillah hirabbil
Alamin’ –Ertinya; Segala puji bagi Allah seru sekelian Alam. Baris ketiga
tertulis ;‘Laillaha illallah muhamadarasulullah’ –Ertinya; Tiada Tuhan selain
Allah dan Muhamad adalah utusan Allah. Adapun setiap baris jaraknya dapat
ditempuh 1000 tahun. Disamping terdapat 70,000 bendera. Setiap satu bendera di bawahnya
terdapat 70,000 barisan malaikat, setiap barisan terdiri dari 50,000 melaikat
yang sama bertasbih kepada Allah dan memaha sucikannya”. Perlu dimaklumi bahawa
sifat-sifat dan keadaan ‘Liwaul Hamdi’ ini mungkin banyak menimbulkan
pertanyaan bagi akal. Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib, maka
Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu. Imam
Al-jurjani menerangkan makna ‘Liwaul Hamdi’. Bendera pujian berada pada
kekuasaan Allah. Bahawasanya berdera itu dipasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w.
Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi, sedangkan orang kafir
berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama
bendera itu dipasang dan berkibar. Jika bendera itu dipindahkan, maka dikala
itu orang-orang kafir akan dihalau untuk terjun ke dalam neraka. Waliya
Zubillah. Bendera-bendera itu akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran
dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan
dikibarkan oleh :
Bendera Pertama - Bendera Kebenaran. Bendera
ini akan dikibarkan oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Bagi semua orang
yang benar dan jujur dan akan berada di bawah naungan panji-panji
ini.
Bendera Kedua - Bendera Fuqaha. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal r.a . Bagi semua orang yang alim
fiqih akan berada di bawah naungan panji-panji ini.
Bendera Ketiga - Bendera Zuhud. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Sayidina Abu Dzar r.a. Bagi semua manusia yang menjiwai
dan hidup cara Zuhud akan berada di bawah bendera ini.
Bendera Keempat - Bendera Dermawan. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Sayidina Usman bin Affan r.a. Bagi semua para
dermawan akan berada di bawah bendera ini.
Bendera kelima - Bendera Syuhada. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Sayidina Ali r.a. Bagi setiap orang yang mati
syahid akan berada di bawah bendera ini.
Bendera Keenam – Bendera Qurra’. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Ubbaya bin Kaab r.a. Bagi setiap para
Qarri akan berada di bawah bendera ini.
Bendera Ketujuh - Bendera Muadzin. Bendera ini
akan dikibarkan oleh Sayidina Bilal r.a. bagi semua para
Muadzin akan berada di bawah bendera ini.
Bendera kelapan - Bendera ini bagi orang
yang dibunuh secara aniaya. Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina
Hussain r.a. Bagi orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera
ini.
KISAH BENAR DARI KITAB
HADIS. MATINYA ANAK PENGHALANG. Pada usianya yang senja, Samnun mengahwini
wanita. Alhamdulillah dia dianugerahkan seorang anak perempuan yang comel.
Dapat dibayangkan bertapa cintanya dia kepada anaknya yang ketika itu usianya
tiga tahun. Pada suatu malam dia bermimpi hari kiamat telah tiba. Dilihatnya
bendera masing-masing Nabi dan para Waliuallah dengan sinarnya menjulang ke
ufuk. Suatu barisan dari orang-orang yang mencintai Allah S.W.T secara ikhlas
dari segala-galanya. Larilah Samnun masuk ke dalam barisan itu, tetapi
tiba-tiba Melaikat menariknya keluar dari barisan. “Aku mencintai Allah, dan
ini barisan orang-orang yang mencintainya. Mengapa aku dihalang masuk? “Tanya
Samnun.” Anda memang termasuk orang yang mencintai Allah, tetapi setelah anda
dianugerahi seorang anak engkau telah lupa kepadanya. Kau lebih mencintai
anakmu daripada mencintai Allah. Namamu telah ku hapuskan dari barisan ini”.
Jawab Melaikat. Menyesallah Samnun mendengar jawapan itu seraya berdoa “Ya
Allah, jika anakku menjadi penghalang dariku lebih dekat dan mencintaiMu, maka
lebih baik kau ambil saja anakku” Tiba-tiba Samnun terbangun kerana mendengar
suara ramai, celaka-celaka. Ketika di Tanya suara apa gerangan, ternyata anak
perempuanya tewas terjatuh dari atap rumahnya. “ Syukurlah Allah telah mencabut
sesuatu yang menjadi penghalang antaraku dengan-Nya’’. Ujar Samnun. Peristiwa
isra’ mikra’ Nabi melihat : Aku melihat ada seorang wanita digantung rambutnya,
dan otaknya menggelegak. perempuan yang tergantung rambutnya ialah perempuan
yang tidak menutup rambutnya daripada bukan muhrimnya. Pada malam Lailatul
Qadar, menyuruh Allah Ta’ala akan Jibril a.s turun ke bumi, lalu turunlah
Jibril ke perhimpunan Melaikat ke bumi bersamanya bendera hijau, lalu
dipacakkan ke atas Ka’abah, baginya 600 sayap. Kemuliaan hari juma’at. Pada
hari juma’at berlakunya hari kiamat. Pelajaran termahal di dunia ialah Qur’an
(terjemahan) dan hadis. Kerana ia merupakan kata2 dari Tuhan untuk hamba2nya
Dan Tiada cinta yang paling mahal di dunia ini melainkan cinta kepada Tuhan.
Kerana ia akan membalasnya dengan diberinya nikmat iman dan petunjuk. Sekian
dulu dari saya. Semoga kita sama2 mencari ilmu yang bermanfaat. Semuga kita
sama2 dapat masuk di bawah panji2 nabi Muhamad s.aw di padang mahsyar kelak. renunglah
kebesaran Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan