Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 6 Julai 2012

A 43 : KEADAAN NERAKA


Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab ra bahawa Jibril telah datang berjumpa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bukan di waktu ia selalu datang. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menghampiri Jibril dan berkata : "Hai Jibril, mengapa wajahmu berubah?" Jawab Jibril : "Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka."
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berkata : "Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahanam.”
Jawab Jibril : "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berkata : "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini."

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ; "Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA."
Jawab Jibril : "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti yang aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut."

Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi : "Wahai Jibril, wahai MUHAMMAD, sesungguhnya ALLAH AZZA WAJALLA telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".

Lalu Jibril naik ke langit dan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM meneruskan perjalanan beliau sehingga berjumpa dengan sekelompok orang-orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa. Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berkata kepada mereka : "Apakah kamu ketawa, sedangkan di belakang kamu Neraka Jahanam. Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tidak akan makan dan tidak minum, malah kamu akan pergi ke tempat yang tinggi untuk memohon dan meminta pertolongan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa?" Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak ALLAH menjadikan Neraka."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan