Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 5 Julai 2012

A 30 ISLAM MENJADI SASARAN





Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy ( isteri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM) ,beliau berkata: (Pada suatu hari) RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,

“La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi Bangsa Arab dan kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dan dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab bind Jahsy) lalu bertanya : "Yaa RASULULLAH! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada lagi orang yang soleh? Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda : "Ya! Jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan