Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 5 Julai 2012

A 29 : ERTINYA ISLAM


Berpegang Teguh Dengan Islam

Ertinya:

Daripada Abi Najih Irbadh bin Sariyah ra berkata.

"Telah menasihati kami oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Yaa RASULULLAH! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah dengan gigi geraham (berpegang teguhlah dengan) sunnah-sunnahku itu dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.”

Hadis nabi Riwayat dan Sanadnya ???




Tiada ulasan:

Catat Ulasan