Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 5 Julai 2012

A 19 BERZIKIR RAWAT KEKALUTAN, KEKUSUTAN JIWA

SESUNGGUHNYA zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman. 

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati ALLAH, ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintahkan kepada hambaNya memperbanyakkan zikir mengingatiNya, manakala RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menggalakkannya kepada umat Islam menjadi amalan itu berkekalan.

Dalam al Quran dan hadis jelas menggambarkan kebesaran kesan zikir dan faedahnya. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Dalam memperkatakan mengenai zikrullah dengan lisan atau hati, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan bahawa ia adalah zikir yang paling afdhal. Ulang kali, menyebut sifat-sifatnya. Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berulang kali, menyebut sifatnya atau melafazkan puji-pujian kepadaNya.

Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan zikrullah. Ahli zikir adalah golongan manusia yang istimewa dan terkemuka. Pengiktirafan ini dianugerahkan sendiri oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melalui lisan NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang maksudnya,

"Telah majulah orang-orang yang istimewa, para sahabat bertanya, siapakah mereka yang istimewa itu wahai Rasulullah, jawab baginda, iaitu mereka yang banyak mengingati ALLAH sama ada lelaki mahupun wanita.” 
(Riwayat Muslim)

Majlis zikir turut dikenali sebagai satu daripada taman syurga. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mendapat beberapa manfaat antaranya: Membersihkan hati daripada sifat mazmumah Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Merasa betapa dekatnya diri dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah dan pergantungannya hanya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Meningkatkan mutu amalan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram. Ucapan “La Ila Ha Ilallah” adalah ucapan zikir yang paling mulia.

Seorang daripada Syeikh al-Azhar yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menyebut bahawa zikir ‘La Ila Ha Ilallah’, istighfar dan selawat ke atas Nabi adalah tiang aurad dan wirid para ahli sufi. Zikir ini adalah sebagai satu daripada wasilah ke arah penyucian diri. Mengerjakan solat termasuk dalam kategori zikrullah. Hal ini dijelaskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Membaca al-Quran juga adalah zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam ALLAH atau kata-kata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan ia adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sehubungan itu, seorang Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh.

Apabila membacanya, maka dalam masa sama pembacanya akan mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebut dalam bukunya Mukasyafah al-Qulub membaca al-Quran adalah satu daripada kaedah merawat kekalutan dan kekusutan jiwa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan