Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 29 Julai 2012

D 38 BAGAIMANA ALLAH SWT MENGAZAB SYAITAN DENGAN API NERAKA SEDANGKAN DIA DIJADIKAN DARIPADA API?

12. Allah swt berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.


13. Allah swt berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.

14. Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya[529] sampai waktu mereka dibangkitkan”.
[529]. Maksudnya: janganlah saya dan anak cucu saya dimatikan sampai hari kiamat sehingga saya berkesempatan menggoda Adam dan anak cucunya.

15. Allah swt berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

16. Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

18. Allah swt berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya”.
Maksud Surah Al-A’raf dari ayat 12-18.

Jawapan:
Walaupun dia berasal dari api tetapi jasadnya tidak lagi berbentuk api, sebagaimana manusia dijadikan daripada tanah tetapi daging manusia tidak lagi berbentuk tanah. lihatlah sendiri tubuh kita.

Jika jasad syaitan tetap seperti api, namun api neraka yang Allah sediakan untuknya boleh menghancurkan sifat api yang ada pada syaitan. Kerana Allah SWT Maha Berkuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan