Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 Ogos 2012

E 150 TIGA ASAS UTAMA MENJADIKAN ILMU MEMBERI MANFAAT


Diceritakan dalam suatu riwayat bahawa dahulu pada masa kaum Bani Israil terdapat seorang lelaki punya 80 buah peti yang penuh dengan kitab-kitab ilmu yang telah dibacanya, namun ia tidak beroleh manfaat dari ilmunya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun menurunkan wahyu kepada Nabinya untuk menyampaikan kepada lelaki tersebut: 

“Meskipun engkau mengumpulkan ilmu yang banyak, nescaya ilmu itu tidak akan memberi manfaat bagimu, kecuali jika engkau mengerjakan tiga hal berikut:

Jangan engkau mencintai dunia, kerana dunia bukan tempat orang-orang beriman menerima pahalaNya;

Jangan berteman dengan syaitan, kerana syaitan bukan teman orang-orang beriman;

Jangan mengganggu seseorang, kerana mengganggu orang lain bukanlah pekerjaan orang-orang yang beriman.”


Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan