Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 3 Ogos 2012

E 79 TIGA Perkara membuktikan kehebatan Imam As-Shafie


Imam As-Syafie bertemu dan Imam Ibnu Hanbal selama 3 hari, 3 perkara terbongkar apabila puteri Imam Ibnu Hanbal mengemukakan 3 persoalan:

1-Kenapa Imam As-Shafie makan di rumah Imam Ibnu Hanbal dengan banyak, sedangkan seorang imam terkenal sepatutnya zuhud dan makan sedikit? Jawapan Imam As-Shafie;

 Saya makan banyak kerana bapa kamu adalah seorang pemurah dan warak, maka makanan yang disediakan oleh orang yang pemurah dan warak akan memberi berkat kepada pemakannya.”

2-Kenapa Imam As-Shafie tidak solat tahajjud pada waktu malam dan sentiasa tidur, sedangkan kelaziman seorang ulama adalah banyak bertahajjud di waktu malam? Imam As-Shafie menjawab: 

“Saya tidak tidur di waktu malam, saya hanya berbaring dan berfikir tentang hukum fekah dan jawapannya untuk panduan umah, setiap malam saya berjaya menyediakan 100 masalah fekah dan 100 jawapan untuk masalah tersebut.”

3-Kenapa Imam As-Shafie bersolat subuh tanpa mengambil wuduk? Jawapan Imam As-Shafie : 

“Saya tidak tidur pada waktu malam dan wuduk saya tidak batal, oleh itu saya gunakan wuduk yang sedia ada untuk solat subuh.”

Begitulah kehebatan umat terdahulu yang hidup sentiasa dalam ilmiah, hidup mereka ikhlas kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALAmereka tidak mencari pangkat tetapi pangkat mencari mereka. Mereka tidak  gunakan pangkat ulama dan kepakaran mereka untuk mencari duit atau habuan tetapi duit akan mencari mereka. Mereka bertemu untuk ilmu dan tanpa bermatlamatkan politik dan menjual agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapi pertemuan sekarang sama ada orang politik, cendikiawan, pakar-pakar, ulama dan sebagainya semuanya bermatlamatkan politik dan habuan serta kepentingan peribadi. Zaman mengejar pahala ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan membentuk keikhlasan dalam jiwa tidak lagi wujud, sehingga ayat-ayat suci Al Quran dan doa munajat dipersendakan dengan alunan-alunan muzik. Kini sudah sampai masanya larangan dan apa yang RASULULLAH SAW takuti telah menjadi budaya dan persendaan masyarakat Islam, Ibadat dan pesta tidak ada perbezaan. Wallah Hua’lam. Nauzubillah Min Zalik.

Ya ALLAH jadikanlah diriku  hambaMu yang sentiasa hidup dalam kawalanMu setiap saat, sesungguhnya syariatMu terlalu sempurna walaupun di dalam tandas dan di angkasa raya telah Engkau sediakan hukum dan hakam yang amat sempurna. Jauhkanlah diriku dari ternoda dengan insan sekular yang menyembahMu hanya di dalam solat dan Ibadat sahaja sedangkan memusuhiMu dalam semua tindakan lain serta berani mencipta syariat selain daripada syariatMu… Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan