Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 Ogos 2012

F 4 TIGA GOLONGAN AKAN MENDAPAT GEDUNG KEKAYAAN ALLAH SWT

Segolongan hukama berkata :

“Tiga hal termasuk simpanan Allah Taala, iaitu : kefakiran, sakit dan sabar.”

Menurut sebahagian hukama, ada tiga gudang, yakni sesuatu yang disimpan oleh Allah swt, yang tidak diberikanNya selain kepada orang-orang yang dicintaiNya, iaitu:
· Kepada orang fakir atau tidak punya
· Sakit, iaitu penyakit yang menimpa pada badan 
sehingga dirasakan tidak enak olehnya
· Sabar, iaitu tidak mengeluh ketika ditimpa musibah kecuali kepada Allah swt dengan cara berdoa. Mengeluh kepada Allah swt dengan cara berdoa tidak mengatakan bahawa dirinya itu tidak rela terhadap musibah yang menimpa dirinya.

Seorang hamba sahaya harus reda dengan ketentuan tuannya, sebagaimana tercantum di dalam kitab At-Ta`rifat karangan Sayid Ali-Jurjani.
Mereka yang berjaya melalui salah satu daripada ujian Allah SWT pasti mendapat segala gedung kekayaan di sisi Allah SWT.
—————————————————————————– 
Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan