Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 3 Ogos 2012

E 115 AMALAN-AMALAN PENTING DI BULAN RAMADHAN

Segala puji bagi Allah swt yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik dari pada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan al-Quran dan mewajibkan puasa bagi kaum muslimin sebagai salah satu pondasi Islam. selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad saw yang telah menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah di bulan Ramadhan dan memberikan contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh berkah ini.

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, ‘Rasulullah saw memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah swt mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa.”
HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan:

1.    Puasa: Allah swt  memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam.

Firman Allah swt:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(QS. Al-Baqarah:183)

Rasulullah saw bersabda:

بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةُ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ الْحَرَامِ.

Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tidak tuhan yang berhak disembah selain Allah  dan Muhammad  adalah rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan pergi ke Baitul Haram.” Muttafaqun ‘alaih.

Puasa di bulan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah swt, sebagaimana Rasulullah saw bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu.”
Muttafaqun ‘alaih.

1.    Membaca al-Quran: Membaca al-Quran sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah saw bersabda:
2.     
اِقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي  يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.

Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). 
HR. Muslim.

Dan membaca al-Quran lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan al-Quran. Firman Allah swt:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
(QS: al-Baqarah:185)

Rasulullah saw selalu memperbanyak membaca al-Quran di hari-hari Ramadhan, seperti diceritakan dalam hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

وَلاَ أَعْلَمُ نَبِيَّ الله ِقَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِى لَيْلَةٍ, وَلاَ قَامَ لَيْلَةً حَتَّى يُصْبِحَ وَلاَ صَامَ شَهْرًا كَامِلاً غَيْرَ رَمَضَانَ.

“Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah saw membaca al-Quran semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan.”
HR. Ahmad.

Dalam hadits Ibnu Abbas ra yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahwa Rasulullah saw melakukan tadarus al-Quran bersama Jibril as di setiap bulan Ramadhan.

1.    Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Tarawih berjamaah: Solat Tarawih disyariatkan berdasarkan hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di masjid, dan solatlah beberapa orang bersama beliau.  Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi saw mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah saw keluar dan melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah saw hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, ‘Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa khuatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya.” Rasulullah saw wafat dan kondisinya tetap seperti ini.
(HR. al-Bukhari dan Muslim).

Setelah Rasulullah saw wafat, syariat telah mantap, hilanglah segala kekhuatiran. Disyariatkan solat Tarawih berjamaah tetap ada kerana telah hilang ‘illat(sebabnya), kerana ‘illat itu berputar bersama ma’lul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah Umar ra telah menghidupkan kembali syariat solat Tarawih secara berjamaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah saw pada masa itu.Wallahu A’lam.

1.    Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadarlailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahawa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, iaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman Allah swt:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
(QS.al-Qadar :3)

Malam itu adalah pelebur dosa-dosa di masa lalu, Rasulullah saw bersabda:

وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Dan barangsiapa yang beribadah pada malam ‘Lailatul qadar’ semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah swt, nescaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
HR. al-Bukhari.

Menghidupkan Lailatul qadar adalah dengan memperbanyak solat malam, membaca al-Quran, zikir, berdoa, membaca selawat. Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah berkata, ‘Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku ucapkan? Beliau menjawab, ‘Bacalah:
اَللّهُمًَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَفاَعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang suka mengampuni, ampunilah aku.”

Iktikaf di malam-malam Lailatul Qadar: Iktikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syar’i, iktikaf bererti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah swt dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari’at.

Iktikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah saw, seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiyallahu ‘anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتىَّ تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.

Sesungguhnya Nabi saw selalu iktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian isteri-isteri beliau beriktikaf sesudah beliau.”Muttafaqun ‘alaih.

Memperbanyak sedekah: Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah, dan beliau saw lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ, وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِى رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ …

Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril as menemui beliau, …
HR. al-Bukhari.

Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah saw menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang berbunyi:
عُمْرَةٌ فِى رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً

“Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji.”

Demikianlah beberapa ibadah penting yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan dan telah dicontohkan oleh Rasulullah saw. Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah swt untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan. Wallahu A’lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan