Ka`ab Al-Ahbar berkata :
“Benteng kaum mukminin dari godaan syaitan
ada tiga, iaitu masjid, zikir kepada Allah dan membaca Al quran.”
· Masjid menjadi benteng kerana di situ
terdapat para malaikat dan orang-orang yang beribadah.
· Zikirullah (menyebut Asma Allah swt)
juga menjadi benteng pertahanan, terutama dengan membaca Hauqalah:
“La haula wala quwwata illa
billahil `aliyil adzim”
“Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan
dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung”
· Membaca al Quran juga benteng,
terutama membaca ayat Kursy (surah Al Baqarah ayat 255), sebagaimana yang telah
nyata mujarabnya.
Ka`ab Al-Ahbar masuk Islam di masa
pemerintahan sahabat Umar. Dia adalah seorang ulama tempat mengadu orang Yahudi
(yang beragama islam).
———————————————————–
Sumber :
Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan