Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 3 Ogos 2012

E 105 LIMA BELAS FAHAMAN YANG MEMBAWA KEPADA MURTAD ATAU KELUAR DARIPADA ISLAM

1.    Beriktiqad atau berfahaman agama Islam bukan agama ciptaan Allah SWT tetapi ianya agama ciptaan Nabi Muhammad SAW.

2.    Berfahaman agama Islam adalah sama seperti agama-agama lain di dunia ini.

3.    Berkeyakinan agama lain lebih baik dan lebih sempurna daripada agama Islam.

4.    Berfahaman undang-undang Islam hanya layak dan boleh dipakai untuk zaman Nabi Muhammad SAW sahaja.

5.    Berfahaman Nabi Muhammad SAW diutuskan hanya untuk umat arab sahaja.

6.    Dunia dan semua makhluk yang wujud di dunia ini, dicipta oleh berbagai tuhan bukan Allah SWT sahaja.

7.    Berfahaman dunia ini adalah semulajadi dan terjadi dengan sendiri bukan ciptaan Allah SWT.

8.    Berfahaman tiada kehidupan selepas mati, Syurga dan Neraka adalah khayalan manusia sahaja.

9.    Berfahaman bahawa Nabi Muhammad SAW bukan Rasulullah atau Utusan Allah SWT.

10. Mempercayai kewujudan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.

11. Berfahaman undang-undang Islam adalah zalim, tidak sesuai di zaman ini atau sudah lapuk di telan zaman.

12. Mempercayai Allah SWT mempunyai anak dan isteri.
13. Berfahaman manusia tidak akan dibangkitkan selepas kematian dan tidak ada lagi alam selepas alam dunia.

14. Mempercayai roh orang mati hidup semula dalam berbagai bentuk, sama menjadi manusia baru atau binatang, pokok dan sebagainya.

15. Mempercayai akidah lain selain daripada akidah Islam.


Kitab Mencapai Ma’rifat m/s : 300


Tiada ulasan:

Catat Ulasan