Pengacara: Seperti
yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya,
kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada
kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada “Kenapa wanita tidak boleh memiliki
ramai suami?”, kepada “Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum
kahwin?”, kepada “Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di
Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki
boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?” Ini adalah isu-isu yang
merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?
Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung
dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di
Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila
seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya,
dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi
Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang
wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa
hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.
[...]
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah
universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang
menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa
empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300
pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.
Pengacara: Bagaimana
sebenarnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila
seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki…
Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti
sperma lelaki tersebut.
Interviewer: Sebelum
siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ya,
terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya.
Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan
dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan… Lelaki ini sekarang
mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi.
Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka
pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau
jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti
sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian
datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem
immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Pengacara: Sistem
immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya
menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita
di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan
kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim
dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.
Pengacara: Kerana
terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi…
Jamal Al-Din Ibrahim: Ia
sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang
pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun
terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah
rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.
Pengacara: Apakah
sebabnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan
seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita
berkenaan rosak dan menjadi lemah.
Makan daging babi boleh menyebabkan
seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan
menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan
molekul-molekul kompleks.
Tabiat makan daging babi didapati
boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan
keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia
menghilangkan semangatnya.
Pengacara: Adakah
ini satu fakta?
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya
memang benar.
Pengacara: Pemakan
babi tidak mempunyai semangat patriotik?
Jamal Al-Din Ibrahim: Ini
telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam
badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga
seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini
berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula
mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan
otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.
Beberapa orang doktor telah berjaya
memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya
menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.
Pengacara: Subhanallah!
Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan
jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang
yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang,
kandungan testosterone akan bertambah… Mereka mengukurnya dalam ukuran
mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang
menyimpan janggut dan jambang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan