Orang kaya tidak akan mendapat 3
kelebihan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada para fakir miskin yang
mukmin kepada Allah SWT :
· Di dalam syurga
terdapat daripada yaqut merah, orang-orang syurga itu melihat
tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat
masuk ke tempat tersebut kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati
syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.
· Orang fakir
akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari akhirat iaitu
sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas dan Nabi
Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira
empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah
s.w.t. kepadanya.
· Jika orang
fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu
akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca perkataan yang sama, maka
orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan
sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian
amal-amal kebaikan yang lain-lainnya, Allah s.w.t. lebihkan fadhilat ke
atas orang miskin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan