Abul
Laits berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka
hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziarah,
jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh
maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih
utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
1. Mendapat keredhaan Allah
s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
2. Menggembirakan
mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah
menyenangkan orang mukmin
3. Kegembiraan
malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
4. Mendapat pujian
kaum muslimin
5. Menjengkelkan iblis
laknatullah
6. Menambah umur
7. Menjadi berkat
rezekinya
8. Menyenangkan
orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak
cucunya bersilaturrahim
9. Memupuk rasa cinta
di kalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan