Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 3 Ogos 2012

E 119 AMALAN TERBAIK


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pernah ditanya:
“Apakah amalan yang paling utama? Baginda SAW bersabda: 

“Beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” 

Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

“Jihad pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA iaitu berjuang pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” 

Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

“Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM:
“Apakah amalan yang paling utama? Baginda SAW bersabda: 

Sembahyang pada waktunya. 

Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda SAW bersabda: 

Berbakti kepada kedua orang tua. 

Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda SAW bersabda: 

Berjuang pada jalan ALLAH. 

Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda SAW, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda SAW.”

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia? Di mata dunia? Dapatkah harta benda kita dibawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud : 

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan ALLAH (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa – semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari ALLAH dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). 

Surah Al-Imran 157.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan