Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 Ogos 2012

E 133 MENCARI SAHABAT DI PADANG MAHSYAR

Suatu hari datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah saw, lantas dia bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah akan berlakunya kiamat?

Nabi tak menjawab soalan itu, sebaliknya bertanya: Apa pula bekalan kamu untuk menghadapinya?

Jawab lelaki itu: Aku tiada bekal amalan yang banyak, melainkan aku amat cintakan Allah dan RasulNYA.

Nabi saw bersabda: Sesungguhnya seorang itu akan bersama dengan siapa yang dicintainya

- Riwayat Bukhari & Muslim
ٍ
Ya, setiap insan akan bersama dengan siapa yang dikasihinya pada hari Mahsyar.
Anas bin Malik sebaik mendengar hadith ini berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih menggembirakan kaum Muslimin selain dari mengetahui hadith ini dan aku mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dengan harapan aku dikumpulkan bersama mereka oleh Allah di hari Mahsyar, sekalipun amalanku tidak sama dengan amalan mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan