1. Tiada wara’ yang paling tinggi melainkan mereka yang tidak menyakiti sesuatu
walaupun binatang.
2. Tiada bicara yang terlebih tinggi melainkan mereka yang bersopan di hadapan Allah SWT
( Solat dengan bersopan ).
3. Tiada cara jalan terbaik
mendapat syafaat melainkan dengan bertaubat.
4. Tiada ibadat yang paling sempurna melainkan dengan ilmu.
5. Tiada solat yang paling sempurna melainkan solat mereka yang benar-benar takut kepada Allah
SWT.
6. Tidak akan mencapai kemenangan hakiki melainkan setelah melalui dugaan yang memerlukan
kesabaran yang tinggi.
7. Tiada kebahagiaan yang sebenar melainkan setelah mendapat Taufiq daripada Allah SWT.
8. Tiada pakaian yang paling berharga diberi oleh Allah SWT melainkan akal.
9. Tiada sahabat atau taulan yang paling
jinak melainkan ilmu.
Kitab Muhimmah . m/s: 186
Tiada ulasan:
Catat Ulasan