Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 Ogos 2012

F 10 TIGA PERKARA MENYEBABKAN NABI IBRAHIM BERGELAR KHALILULLAH

Nabi Ibrahim Alais Sallam pernah ditanya: “Wahai Ibrahim, apa sebabnya Allah menjadikanmu orang kesayangan-Nya?” Nabi Ibrahim menjawab: “Kerana tiga perkara, iaitu:

Aku selalu mengutamakan perintah Allah di atas perintah selain Allah;

Aku tidak pernah mengkuatirkan sesuatu (rezeki) yang urusannya telah ditanggung oleh Allah;

Aku tidak senang makan, baik pada petang hari mahupun pagi hari, kecuali bersama tamu.”
Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa Ibrahim AS, pernah berjalan satu atau dua batu untuk mencari orang yang mau menemaninya makan.
Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan