1-Aku melihat kepada manusia, maka aku dapati mereka amat mencintai dunia, apabila akau pergi ke kubur aku dapati apa yang mereka cintai terpisah daripada mereka. Maka aku jadikan amalan kebajikan sebagai sesuatu yang paling aku cintai.
Apabila aku merenung ayat di bawah
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
Surah An-Naziat. Ayat :40.
|
2 -Aku berusaha meninggalkan hawa nafsu sehingga aku tenang beramal kepada Allah SWT
3-Aku melihat semua manusia berusaha menjaga apa yang mereka miliki agar tidak hilang Maka aku melihat Firman Allah SWT
“Apa disisi kamu akan binasa dan apa yang terdapat disisi allah SWT akan kekal selama-lamanya.
Oleh yang demikian aku mengambil keputusan setiap sesuatu yang bernilai yang ada pada disisiku, aku serahkan kepada Allah SWT untuk menyimpannya.
4-Aku melihat manusia bermegah dengan ribuan kemegahan
Maka aku lihat Firman Allah SWT
“Sesuatu yang amat Allah muliakan adalah Takwa.”
Maka aku beramal dan berusaha ke arah Takwa supaya Allah SWT memuliakan daku.
5- Aku melihat manusia saling melaknati di antara satu sama lain
semuanya ini berpunca daripada hasad maka aku merenung Firman Allah SWT
“Kamilah yang akan membahagikan segala keperluan hidup mereka.”
Maka aku tinggalkan perasaan hasad dan menjauhi manusia kerana aku tahu Allah SWT akan membahagikan bahagianku untuk diriku.
6- Aku melihat manusia bermusuhan dan berbunuhan diantara satu sama lain
Maka aku merenung Firman Allah SWT
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu, maka jadikanlah ianya sebagai musuh.”
Maka aku tinggalkan sifat permusuhan di antara manusia, aku biarkan sifat permusuhan tersebut kepada syaitan.
7-Aku melihat manusia berlumba di antara satu sama lain, sehingga mereka menjadi hina kerana mengejar rezeki
Sehingga mereka mengambil sesuatu yang tidak halal
Maka aku melihat Firman Allah SWT
“Setiap sesuatu yang melata di permukaan bumi mempunyai rezekinya.”
Maka aku ketahui bahawa aku juga sebahagian dari ciptaan Allah di muka bumi, lalu aku berusaha dengan apa yang Allah SWT telah tetapkan padaku, Aku biarkan Allah memberi padaku bahagianku.
8- Aku melihat manusia bertawakkal atau berserah kepada makhluk
sehingga berlaku berbagai penyelewengan
Maka aku merenung Firman Allah SWT
“Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT adalah cukup baginya.”
Maka aku tinggalkan tawakkal sesama makhluk dan aku berusaha bersungguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah SWT.
5 Perkara Membawa Anda Menjadi Mukmin Yang Sempurna
1-Jika kamu dapat menjauhi segala perkara haram maka kamu adalah benar-benar penyembah Allah SWT dikalangan manusia
2-Jika kamu reda dengan pemberian Allah SWT, maka kamu adalah manusia yang paling kaya dikalangan manusia.
3-Jika kamu dapat berbuat baik dengan jiran, maka kamu adalah seorang yang mukmin.
4-Jika dapat mengasihi manusia sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri, maka kamu adalah seorang yang benar-benar mukmin.
5- Jika kamu banyak ketawa maka hati kamu akan mati disebabkan kamu banyak ketawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan