1-Mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan
sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut
kepada amaran ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, sebagaimana ulamak takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga
apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.
Bibir membaca, telinga
mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan
kehendak al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat al-Quran.
3-Mengenal dan mencintai RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM serta mengikuti setiap pergerakkan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM.
4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA yang amat unik, sehingga cara kita berfikir
tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
5-Memperbanyakkan solat-solat sunat dan
perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin
dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat
Fardhu.
6-Mendekati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
melalui perkara-perkara ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan
menjauhi segala larangan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA seperti perkara-perkara maksiat, perkara
mengurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,
7- Sentiasa berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan
pergerakkan hati diarahkan kepada ketaatan kepada perintah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
8-Menjadikan Dakwah
sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas
dengan kerajaan atau majikan.
Tidak ada perkataan yang
keluar daripada mulut seorang pendakwah yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak
bayar dengan pahala dan Keredaan Yang Maha Esa. Malah semuanya lebih
berharga dari permata dan berlian di Sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan