Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 30 Julai 2012

D 54 LIMA Tempat Yang Menimbulkan Kesedaran

Lawatilah penjara sekali dalam hidupmu nescaya kamu akan dapat menilai harga kebebasan yang telah Allah swt berikan.

زور المحكمة مرة في العام لتعرف فضل الله عليك في حسن الخُلق.

Lawatilah Mahkamah sekali dalam setahun untuk menghargai kemuliaan akhlak.

زور المستشفى مرة في الشهر لتعرف فضل الله عليك في الصحة والعافية.

Ziarahilah hospital sekali dalam sebulan supaya kita dapat menghargai nilai kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup kita.

زور الحديقة مرة في الاسبوع لتعرف فضل الله عليك في جمال الطبيعة.

Kunjungilah Taman-taman sekali dalam seminggu untuk mengenal kelebihan nikmat-nikmat Allah SWT dalam kejadian alam.

زور المكتبة مرة في اليوم لتعرف فضل الله عليك في العقل.

Lawatilah perpustakaan sekali dalam sehari untuk melihat kehebatan akal yang telah Allah SWT berikan kepada anda.

زور ربك كل آن لتعرف فضله عليك في نعم الحياة. الحمد لله

Ziarahilah Tuhan mu supaya kamu dapat menilai pemberian nikmatNya kepada kamu.

الورقه الثانـيه
أن الخطأ كل الخطأ …
أن تنظم الحياة من حولك ..وتترك الفوضى في قلبك??!! أستغفر الله

Setiap yang salah tetap salah
Susunlah hidupkamu dengan apa yang ada di sekeliling kamu, Buangkan kelalaian dalam hati kamu.

الـورقه الثالثه

Aku hairan dengan 3 perkara

عجبت لثلاث…!!
رجل يجري وراء المال والمال تاركه!!
رجل يخاف على الرزق والله رازقه!!
رجل يبني القصور والقبر مسكنه!! اللهم اهدنا

Lelaki yang mengejar harta, sedangkan harta akan meninggalkannya !

Lelaki yang bimbang tentang rezeki, sedangkan Allah telah menjanjikan kepadanya rezeki !


Lelaki membina istana sedangkan tempat tinggal sebenar baginya adalah kubur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan