Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.
Jauhilah
penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan
kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan.
Ketahuilah
orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu
khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka
yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.
Jika kamu
ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas,
yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut
berlalu.
Jika kamu
ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui
kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.
Jangan
bermusuhan dengan manusia…
Jangan
lupa untuk berdoa….
((اللهم
طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء ))
Ya Allah,
sucikanlah hati kami dari sifat munafik dan sucikanlah amalan kami dari riak
atau menunjuk-nunjuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan