Umar
r.a. hu berkata: “Kalau
pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia
memasuki syurga kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu
dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang si malang itu ialah aku
sendiri. Sebaliknya kalau diistiharkan yang semua manusia akan memasuki neraka
kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang
orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri”.
Kisah
Umar r.a. hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit di
hati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi. Bila menghadapi maut pula
harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi. Kata Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidak
seorangpun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan