Zaman tidak lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman jahilliah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.
Dan malangnya,
di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa
ini pun masih ramai lagi orang
Islam yang amat jahil dengan agama,
walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan
tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.
Daripada
Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Selagi akan ada di
akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik.”
(Hadis
riwayat Ibnu Adi)
Saidina Umar
r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan
ulama suu’ (ulama’ jahat / ulama’ dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.
Amat banyak
kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10
darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama.
1 – Yang benar dikatakan
salah, yang salah dikatakan benar.
Apabila sudah
tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan
terjadilah satu keadaan di mana yang salah dikatakan benar dan yang benar
dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk
menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah
melalui Al Quran dan Al Hadith.
Mereka akan
menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula, terutamanya orang-orang
yang jahil sepertinya juga. Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah
dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana
itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syarak.
Dari
Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebahagian dari
tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai
membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’
(pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang.”
(Hadith Riwayat
Thabrani).
2 – Mudah mengutuk dan
menghina ulamak.
Akibat
kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulamak
jika mereka mendengar suatu ucapan ulamak yang tidak memenuhi selera dan
ideologi mereka. Walaupun ulamak itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan
kepada Al Quran dan Al Hadith, tetapi kerana si jahil tidak ada ilmu sebenar
tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan
menyanggah ulamak.
Kita bukan
disuruh ta’asub kepada seseorang ulamak, tetapi berpada-padalah dan jangan
sampai menghina ulamak yang memperjuangkan Islam. Ulamak-ulamak yang ada
sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana
tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan
menghinanya.
Daripada
Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
“Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan
mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama
sudah tidak diikut lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi.
Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah
orang Arab (pada fasihnya).”
(Hadith Riwayat
Ahmad).
3 – Membela orang-orang
yang jahil sepertinya juga.
Apabila mereka
sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan
menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul
mengikut fikiran mereka. Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan
kebathilan dan kemungkaran.
Sebagai
contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay
lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan dan manusia
tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang
dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan
menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan.
Memang nampak
seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak
sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amatlah buruk kepada
diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya
dan berjangkitpun akan mudah dijangkiti sesama mereka dan membawa masalah
kepada orang-orang lain pula nanti.
Dan bayangkan
jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak
nanti dan akan meneruskan zuriat manusia? Tidakkah usaha untuk membela
puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?
4 – Mudah mempercayai
tuduhan dan hasutan.
Apabila mereka
sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh
dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira
ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana
keta’asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan
banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah
kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia.
Ditambah lagi
dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah
melalui media massa seperti televisyen, radio dan akhbar. Sehinggakan
ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio
itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen
itu maksum?
Dan tidak
ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan
televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal
berkuasa.
5 – Al Quran hanya
menjadi bahan bacaan semata.
Ramai yang
membaca Al Quran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu.
Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi
kandungannya? Adakah Allah Ta’ala
menurunkan Al Quran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata
TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada
kita?
6 – Hukum-hakam Allah
akan direndahkan martabatnya dan dihina
Undang-undang
dari Allah yang termaktub dalam Al Quran dan Al Hadith akan diperlekehkan dan
direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi,
kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan
sebelum kedatangan penjajah,
tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang
Islam dibuang
dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian
besarnya masih digunakan lagi.
Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah
nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang
menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini
bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang
British. Begitu sedih sekali.
Nabi Muhammad
s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut
seperti dalam hadis,
“Tali yang disimpul
untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali
dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama
dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat”.
(Hadith
Riwayat Ahmad)
Hinggakan
sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak
relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan
Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam Al Quranul Karim dan WAJIB
dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.
7 – Amal ibadah tidak
diterima oleh Allah s.w.t
Ini antara yang
paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak
menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa
yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia.
Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil
inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.
Firman
Allah S.w.t yang bermaksud ;
”Dan janganlah kamu
mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta
pertanggung-jawabnya.”
(Surat
Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah
S.a.w bersabda yang bermaksud ,
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan
yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh
ALlah Subhanahu wa Ta’ala).”
(Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaitan-syaitan
juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana
mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu
semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk
membuat mereka malas beramal pula.
8 – Maksiat dan jenayah
semakin berleluasa.
Apabila sudah
jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali.
Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan
semakin berleluasa.
Jika anda mahu
tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya
itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN
kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai
orang.
Kejahatan
baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain.
Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia
tidak mengkhianati sesiapa. Inilah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala
otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari
seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya.
Seseorang
lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita
terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku
pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan
nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh
mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol, seks dengan haiwan dan
sebagainya.
Nak
tahu antara kesan-kesan buruknya lagi? Boleh dibaca dalam tajuk-tajuk seperti;
9 – Akan terjadi
perpecahan dan peperangan sesama sendiri
Sudah tentulah
kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam, akibat orang-orang Islam
sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan
peperangan sesama sendiri.
“Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu
menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan
peperangan di kalangan mereka sendiri “.
(Hadith
Riwayat Ibnu Majah)
Ramai yang
bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya
tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung
tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.
Bagaimana mahu
bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan
Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah? Adakah Nabi
Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?
“Hai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu,
kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah
ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih
utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(Surah
An-Nisaa’ : Ayat 59)
10 – Generasi akan
datang akan terdidik dalam keadaan jahil.
Kesan dari
wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan
kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar
anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.
Jika sekadar
mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan
menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagipun ianya telah banyak
ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar
dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah.
Kesimpulan
Maka ilmu agama
WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu
tentang mengetahui keadaan musuhpun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana
jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan
tahu bila musuh bertindak. Jika kita tidak tahu, maka akan
senang-senanglah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh.
Menurut
Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali
r.a berkata, “Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak
meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;
1
– Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
Abu Umamah
Al-Bahili r.a berkata, “Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi
tenteranya. Tentera itu lalu berkata, “Sesungguhnya telah diutus seorang nabi
dan telah muncul suatu umat.” Iblis itu bertanya, “Adakah mereka itu mencintai
dunia?” Tentera itu menjawab, “Ya”.
Lalu Iblis
menyambung, “Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak
hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya aku akan
datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;
1
– Mengambil harta dari bukan haknya.
2 – Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 – Menahan harta dari haknya.
2 – Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 – Menahan harta dari haknya.
Dan
kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini. [Ihya Ulumuddin ,
Kitab tercelanya dunia]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan