Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 30 Julai 2012

D 69 SEPULUH Tip menjadikan anda sentiasa disayangi oleh teman dan taulan









1-Hiasilah akhlak anda dengan sebaik-baik akhlak sehingga anda sentiasa diingati apabila orang berbicara tentang kemuliaan akhlak.

 

2-Mengambil berat tentang permasalahan orang lain dan bersedia membantu sehingga orang lain mengakui sikap jujur anda dalam membantu mereka yang berhajat.

3-Berfikiran positif serta sentiasa bersemangat dalam melakukan kebajikan.

 

4-Merendah diri kepada semua manusia.

 

5-Lemah-lembut dan sentiasa tidak marah.


6-Sentiasa mengukirkan senyuman, kata pepatah arab, senyuman adalah sihir yang halal.

 

7-Memberi hadiah sebagai tanda persahabatan.

 

8-Semat atau sentiasa kemas dari segi pandangan zahir.


9-Menjaga tutur kata dan sentiasa berkata-kata dengan kebaikan.

10- Sentiasa bersedia mendengar permasalahan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan