1-Kamu tidak akan dapat memanjat tangga
kejayaan dengan tangan di dalam saku.
2-Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya akan terbakar.
3-Ribut yang kuat dapat menumbangkan pokok yang besar.
4-Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.
5-Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.
6-Jangan ketika manis kamu bertawakal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.
( Bermaksud apabila menerima sesuatu nikmat
maka kita menganggap ianya hasil daripada bertawakal kepada Allah SWT, tetapi
apabila menerima sesuatu yang pahit maka tahap tawakal berubah sehinggap
mengungkitkan sesuatu).
7-Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain
melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.
8-Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.
9-Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk lebih tahu.
10-Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
11- Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.
12-Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..
Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…
Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.
13-Jarakan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.
14-Apa yang kamu miliki akan kamu lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
15-Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.
16-Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.
17-Perkataan yang baik bukanlah suatu keuntungan tetapi dapat membinasakan hati.
( Perkataan yang baik bukanlah hanya suatu
keuntungan malah dapat merubah keseluruhan hati seseorang )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan