JANGAN
SESEKALI LUPA HANYA ALLAH SWT ADALAH TUHAN
“Mereka telah melupakan ALLAH, jadi Dia
akan melupakan mereka.”
(Surah
at-Tawba:67)
Ini adalah justifikasi biasa: Jika kita
melihat istana yang diperbuat daripada pasir sepanjang pantai, kita pasti
seseorang telah membinanya. Hanya orang yang bodoh saja yang menyatakan ianya
berlaku secara tidak sengaja akibat daripada angin dan ombak. Kesemua yang
wujud di alam semesta ini ada bukti rekabentuk. Lebih-lebih lagi, rekabentuk
itu ternyata dengan perincian setiap benda yang tercipta tiada tandingan
daripada kesempurnaan, kehebatan dan kerumitan lebih daripada istana pasir itu.
Oleh itu, kita berkonfrantasi dengan fakta yang sudah jelas: alam semesta
adalah diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Hebat. Pencipta itu adalah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, Tuhan Sekelian Alam.
Kewujudan aturan yang tanpa cacat di
alam semesta ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Dunia yang kita
tinggal ini telah diciptakan untuk kita tinggal. Kadar kuasa graviti, jarak
antara bumi dan matahari, kadar oksigen dalam atmosfera, beratus macam haiwan
seni yang seimbang, tentu tidak terjadi secara spontan atau tidak sengaja.
Terdapat, tanpa ragu-ragu, penciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang mengawal
segala sesuatu, daripada mikroorgansima seni kepada sebesar planet-planet di
dalam sistem solar. Adalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan alam
semesta dengan kebijaksanaan dan kekuasaan dan mereka bentuk secara spesifik
dunia ini sebagai tempat tinggal kita:
“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan
memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan,
masing-maisng berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian
itulah ALLAH Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru
(sembah) selain ALLAH tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.”
(Surah Fatir:
13)
Menukar perhatian kita dari angkasa,
marilah kita mempertimbangkan tentang badan kita. Badan manusia adalah satu
struktur dengan keajaiban yang begitu banyak. Otak manusia yang sempurna dan
berfungsi adalah lebih daripada perbandingan komputer, produk paling maju di
zaman teknologi. Tambahan pula, setiap organ menjalankan fungsi yang khusus
secara sempurna, dan bekerja secara harmoni dengan setiap organ lain.
Sebagai contoh ketika kita menyedut
udara, mulut seseorang, hidung, trakea, paru-paru, hati dan setiap saluran
darah, mesti berfungsi secara serentak. Tiada berhenti sekejap atau menjadi
penat. Mereka semua patuh dan tunduk kepada Penciptanya dan mematuhi dengan
taat apa yang diarahkan kepadanya. Air udara, ditapis dan dihangatkan apabila
melalui hidung, kemudiannya dibawa ke paru-paru melalui trakea.
Oksigen kemudianya diguna oleh jantung
dan saluran darah oleh setiap sel di dalam badan kita. Organ yang terlibat
dalam proses ini berkemahiran menjalankan banyak proses tanpa keliru, kesalahan
atau kelewatan dalam keadaan apapun. Jika terdapat kecacatan dalam harmoni ini,
sama ada tiada pernafasan ataupun tiada kehidupan.
Begitu juga dengan proses pengelihatan.
Mata adalah ciptaan paling jelas. Pada mata manusia dan binatang adalah contoh
istimewa satu rekabentuk yang sangat sempurna. Organ yang menarik ini
menyediakan kualiti pengelihatan, yang masih tidak dapat ditandingi oleh
teknologi abad ke dua puluh satu. Tetapi, jangan sekalipun lupa yang mata hanya
berfungsi dengan komponen sempurnanya. Sebagai contoh, jika komponen-komponen
mata seperti kornea, konjuktiva, iris, pupil, lensa, retina, koroid, otot dan
saluran lakarikmal tidak rosak, tetapi tertinggal satu kelopak mata, mata
tersebut akan rosak dan tidak dapat melihat. Dalam pada masa yang sama,
kegagalan pengeluaran air mata akan menyebabkan mata kering dan seterusnya akan
menyebabkan kebutaan. Fakta tersebut menghasilkan persoalan tentang kehidupan:
siapakah yang mencipta mata dan kebolehannya daripada tiada?
Tentu sekali, ianya bukan kepunyaan mata
itu sendiri yang menentukan untuk terjadi sendiri. Kerana ianya tentu sekali
secara tidak logik menganggap yang kehidupan tidak sedar akan konsep
‘penglihatan’ boleh menentukan sendiri keperluan dan ciptaan mata pada badannya
sendiri. Ini menjadikan kes, realitinya adalah dengan kebijksanaan yang hebat,
yang menciptakan kehidupan dengan fakulti pengelihatan, pendengaran dan
sebagainya. Ada sebilangan manusia yang tidak dapat menilai Allah swt dengan
penilaian yang sebenarnya mendakwa yang sel yang tidak sedar diri memerlukan
pengelihatan dan pendengaran, fakuilti yang memerlukan kesedaran dengan
kemahuan dan kemahiran tersendiri. Walaubagaimanapun, adalah jelas buktinya
yang ia tidak mungkin berlaku. Al Quran menjelaskan oleh siapa yang memberi
pengelihatan, seperti berikut:
“Katakanlah: “Dia-lah
Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan
hati,” (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur!”
(Surah al-Mulk: 23)
Seperti yang dilihat dalam petikan di
atas, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencipta semua sistem yang berfungsi dalam
kesempurnaan dan harmoni antara satu sama lain. Tanpa mengira butiran yang
terdapat dalam badan kita dan organisma-organisma bagaimana kekuasaan dan
kehebatan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang menyingkap kebenaran kepada kita yang
Dia meliputi segala sesuatu dengan pengetahuanNya. Namun begitu, manusia lebih
mudah engkar daripada realiti ini. Bagaimanapun, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
menyuruh manusia untuk melihat ke sekeliling untuk menyaksikan kehebatanNya.
“ALLAH-lah yang
menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah ALLAH berlaku
padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu,
dan sesungguhnya ALLAH, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Surah
at-Talaq: 12)
Jangan lupa
bertapa dekatnya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan Dia boleh
melakukan apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di fikiran
manusia ketika ini, sesuatu yang dialami semasa kecil ataupun rancangan pada
masa dua tahun yang akan datang semuanya tersimpan di dalam pengetahuan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Kehebatannya terhadap makhlukNya tidak terbatas. ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA menyatakannya di dalam Al Quran sebagaimana berikut:
“Dan sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan
Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.”
(Surah Qaf:
16)
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengetahui perkara tersembunyi, termasuk
segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh manusia. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, Dia Maha
Mengetahui tentang manusia
dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita berada atau apa
yang sedang kita lakukan.
“Kamu tidak berada di
dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al Quran dan kamu tidak
mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu
melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom)
di bumi ataupun langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih
besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).”
(Surah Yunus:
61)
Begitupun, manusia tetap menganggap yang
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu jauh. Ini berdasarkan rasional manusia sendiri
bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada jauh di planet lain dan hanya sekali
sekala campur tangan dalam urusan duniawi atau tidak langsung menghiraunya
terus. Mereka fikir bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan alam dan lalu
tidak menghiraukannya tanpa sebarang kawalan (tentu sekali ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA tidak begitu) Bagaimanapun ini adalah pemikiran yang nyata salah. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berada di mana-mana dan kehadirannya menyeliputi segalanya.
Dia berada di setiap tempat, dari timur ke barat dan dari selatan ke utara.
“Kepunyaan ALLAH –lah
apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) ALLAH
Maha Meliputi segala sesuatu.”
(Surah
an-Nisa’: 126)
Ke mana sahaja kita pergi, ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berada di situ, walaupun di tempat paling jauh di atas muka
bumi ini. Dia berada dekat dengan kita pada saat ini. Dia lebih dekat daripada urat
tekak. Dia
mentadbir tubuh badan kita, bilik kita, bandar yang kita diami, seluruh alam
semesta dan dunia yang kita tidak mampu melihatnya; malah pengetahuan segala
perkara dahulu dan akan datang. Sesetengah orang akan mengabaikan fakta ini,
boleh menyembunyikan pemikiran dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang
lain. Tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Realitinya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bersama mereka
walaupun mereka sedang merancangnya.
“Dia mengetahui apa
yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka
tidak dapat meliputi ilmuNya.”
(Surah Ta Ha : 110)
Kita tidak tahu apa yang akan kita
lakukan dalam masa terdekat ini tetapi ALLAH Maha Mengetahuinya. Oleh itu, kita
telah pasrah dan memberikan diri kita pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sama ada
kita sedar atau tidak. Sama ada kita membongkar apa yang terpendam di dalam
diri kita atau kita merahsiakannya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetap
mengetahuinya. Tidak ada satu perkataanpun yang kita bisikkan dirahsiakan
daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tiada rahsia untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Dia mengatahui rahsia kita dan segala fikiran yang kita sembunyikan.
Jangan
sekalipun lupa yang setiap perkara di atas muka bumi ini memerlukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sebaliknya
Dia Yang Maha Tinggi daripada segalanya dan jauh dari sebarang kelemahan. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA tidak memerlukan apa-apapun. Dia di atas segala kelemahan
manusia seperti tidur, lapar, dahaga dan letih. Semua orang pasti akan mati,
tetapi ALLAH SUBHANAHU WA TAALAsentiasa hidup dan kekal abadi.
“ALLAH, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup Kekal lagi terus menerus
mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang
di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa
izinNya. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang
dikehendakiNya. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa
berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Surah
al-Baqarah : 255)
Jangan sesekali
lupa yang segala berlaku di bawah pengetahuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Seperti yang
dinyatakan di dalam Quran,
“Tiada daun yang jatuh tanpa Dia
mengetahuinya.”
(Surat
al-An’am: 59)
Segala yang berlaku adalah kehendak ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan menurut perintahnya. Seperti juga segala urusan daripada
langit ke bumi. Kebanyakan orang lebih mengandaikan yang konsep segala urusan
ini tertakluk kepada fenomena semulajadi seperti kejadian hidup dan mati.
Sebenarnya segala yang berlaku kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALAmemerintahkan
sebegitu. Begitu juga apa yang berlaku dan sistem yang berfungsi kerana ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA menghendakinya begitu.
Penemuan teknologi, pentadbiran di
dunia, undang-undang sosial dan eknomi, seni, perniagaan, pencapaian tahunan,
bayi yang membuka matanya dan setiap saat yang manusia lakukan di dunia adalah
di bawah kawalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tiada keputusan, penting atau tidak
signifikan, boleh terjadi tanpa izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Begitu juga
halnya fungsi di dalam sel badan kita, fungsi setiap organ dan pelbagai perkara
yang rumit dan terjadi di dalam badan kita berada di bawah urusan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Fakta ini dijelaskan dalam Quran:
“Sesungguhnya aku
bertawakkal kepada ALLAH Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang
melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku di atas
jalan yang lurus.”
(Surah Hud:
56)
Semua manusia adalah di bawah kuasa ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Mengetahui meliputi
segala perkara. Dialah yang memberi pengetahuan kepada kita, daripada bayi
kecil hingga seorang saintis. Dia yang mengetahui perkara zahir dan batin. Dia
yang menentukan segala bilangan di langit dan bumi termasuk bintang, pokok,
binatang, manusia dan bilangan hujan yang jatuh ke bumi.
“Tidak ada seorangpun di langit dan di
bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.
Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan
hitungan yang teliti”.
(Surah Maryam: 93-94)
Setiap perkara yang berlaku di atas muka
bumi ini di bawah pengawasan Allah swt. Dia yang mengetahui segala aspek
kehidupan, yang rahsia dan yang terbuka. PengetahuanNya bukan setakat tentang
kita tetapi juga tentang langit dan bumi dan benda di antaranya. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA adalah Pemilik alam buana. Untuk itu, janganlah lupa yang tiada apapun,
walau ianya kecil atau besar, tersembunyi daripada pengetahuan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, segala pemikiran dan perbuatan kita, kesemuanya di dalam
kawalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini
kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengetahui segala yang kita alami sepanjang
hidup dan Dia menyimpan catatan secara lengkap. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak
pernah lupa apa-apapun.
Jangan sesekali lupa bahawa Allah swt
yang memberikanmu segalanya. Pandanglah
di sekeliling kita; Setiap benda yang kita lihat, disediakan dengan rapi untuk
memenuhi keperluan kita dan juga sebagai servis untuk kita. Sekarang, padanglah
ke langit dan cuba mengenal pasti semua benda yang kita lihat di sekeliling.
Ini ialah caranya untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bahawa Allah swt
-lah yang memberi kita pelbagai perkara sama ada kita boleh lihat atau tidak,
dan hanya pada Allah swt sahajalah kita harus bersyukur. Allah swt yang
mencipta badan manusia yang masih banyak menyimpan misteri walaupun sudah
terdapat teknologi canggih dan menjadikan fungsi badan kekal baik dan hamoni.
Allah swt juga yang menjadikan ternakan untuk berkhidmat kepada manusia; Yang
menyediakan daging, susu, pakaian, kulit dan menjadikan ianya sesuai untuk
ditunggang dan membawa barang; Yang menjadikan siang sesuai untuk aktiviti dan
malam untuk berehat; Yang menjadikan matahari di atas orbitnya untuk menyesuaikannya
dengan kehidupan; Yang mencipta air laut dalam bentuk yang paling sempurna yang
membolehkan manusia memperolehi makanan dan belayar di atasnya. Seperti yang
dinyatakan:
Dia telah menciptakan manusia dari mani,
tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. Dan Dia telah menciptakan binatang
ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatan dan berbagai-bgaai
manafaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pemandangan yang
indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kami
melepaskanya ke tempat pengembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu
negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan
kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan
keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah
menciptakannya apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan hak bagi Allah
(menerangkan) jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan
jikalau Dia mengkehendaki, tentulah Dia memimpin kamu semunya (kepada jalan
yang benar). Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,
sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan,
yang ada pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu. Dia
menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur
dan segala macam buah-buhahan. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar
ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memikirkan. Dan Dia menundukkan
malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan binatang-binatang itu
ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memahami (nya).
Dan Dia menundukkan pula apa yang Dia ciptakan untuk kami di bumi ini dengan
berlainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kekuasan Allah) bagi kamu yang mengambil pelajaran. Dan Dialah, Allah
yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging
yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan dan yang
kamu pakai; dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari
(keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan
gunung-gunung di bumi supaya ia tidak goyang bersama kamu (dan Dia menciptakan)
sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia ciptakan)
tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat
petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat
menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika
kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan
jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah an-Nahl: 4-18)
Setiap nikmat yang tidak terhingga dalam
hidup kita wujud dengan izin Allah swt, dia menetapkan segalanya. Allah swt
mengingatkan kita tentang realiti ini dengan contoh yang sangat jelas:
Dan seandainya pohon-pohon di bumi
menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi)
sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Luqman: 27)
Jangan sekalipun lupa bahawa Allah swt
yang memberikan kita segala benda dan segala yang kita miliki dan Dia lah
Pemilik yang sebenarnya kepada semua benda tersebut. Ini ialah kerana kerajaan langit dan
bumi dan segala yang berada di antara keduanya milik Allah swt. Dia
membahagikan apa yang Dia mahu kepada sesiapa yang Dia inginkan. Apabila Dia
menamatkan riwayat hidup seseorang, hanya Allah swt Pewaris yang sebenar.
Pemilik sebenar segala rumah, kereta, dan aset-aset ialah Allah swt.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan
bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah al-Ma’ida: 120)
Apabila kematian datang menjemput, kita
akan meninggalkan segala yang kita miliki. Harta, pangkat, wang dan segala yang
kita nikmati di dunia ini tidak akan dibawa bersama kita ke kubur. Badan yang
hanya dibaluti oleh kain kapan akan dikuburkan di dalam lahad. Hanya jiwa kita
akan kembali kepada Allah swt. Kesemua pangkat dan harta tidak akan memberi
sebarang makna lagi. Ianya hanya sebagai dugaan hidup kepada kita. Kita
bukanlah pemilik sebenar kerana semua benda adalah milik Allah swt yang
dipinjamkan. Jika Allah swt mengambilnya semula, kita tidak mampu
menghalangnya.
Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku
kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah swt ke atas kita. Allah swt mempunyai pengetahuan ke atas
semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah swt sejak
azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang.
Seseorang yang bangkit pada waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu
apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun dia mungkin merancang dengan
teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang
dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang
tidak disangkakan. Di kelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak
pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan menyedari bahawa setiap perkara
yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah swt khas untuknya, percaya kepada
Allah swt dan akur pada takdir-Nya. Allah swt mengetahui tentang rancangan yang
kita belum merancang dan segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara
yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga adalah di bawah kuasanya.
Sesungguhnya, tiada tempat atau saat di
atas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allah swt. Tiada satu pun yang
bebas daripada kuasa Allah swt.
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan
menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah
Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakkal.”
(Surah at-Tawba: 51)
Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku,
berlaku dengan izin Allah swt dan pastinya berlaku dengan sesuatu sebab.
Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan
kepada Allah swt; dan dia tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong
selain daripada Allah swt:
Tidakah kamu mengetahui bahawa kerajaan
langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang
pelindung mahupun seorang penolong.
(Surah al-Baqara: 107)
Dialah Allah swt yang menolong kita
untuk menyelesaikan sebarang masalah pada setiap hari atau apabila kita hendak
menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memudahkan tugas untuk kita, Allah swt
jugalah yang mereka cipta tugas itu dan membolehkan kita
menyelesaikannya. Sebaliknya, seseorang yang lupa kehebatan Allah swt
menganggap rakan sekerja, keluarga atau gurunya yang boleh menolongnya.
Pastinya, golongan ini mungkin boleh
menyediakan bantuan melalui pengetahuan dan pengalaman mereka. Namun, kita
perlu ingat bahawa mereka hanyalah kaedah semata. Ini kerana, di dunia ini,
Allah swt telah menciptakan satu sistem, sebab dan akibat. Sebagai contoh,
untuk menanam pokok epal, petani perlu menanam benih, menyiram dan membajai
tanah itu. Ini semua adalah faktor-faktor di mana Allah swt menyebabkan sesuatu
berlaku. Hanya dengan memenuhi semua syarat-syarat ini, petani tersebut boleh
mengharapkan tuaian yang banyak. Sambil melaksanakan tugas kita perlu
menyedari bahawa kita boleh mencapai keputusan yang diinginkan hanya
dengan izin Allah swt dan kita juga perlu menunjukkan sikap syukur yang ikhlas
dengan apa yang Dia takdirkan.
Ingatlah, hanya Allah swt yang
melindungi kita daripada sebarang bahaya, penyakit, perasaan sedih, dan
kesusahan. Jika
tidak, ia hanya boleh menjadi suatu perkara yang dalam sekelip mata bencana
boleh menyerang kita. Kita mungkin akan berfikir bahawa doktor atau ubat yang
diambil yang menyembuhkan kita. Semestinya, ini ialah kaedah di mana Allah swt
menyembuhkan kita. Tiada sebab mengapa kita tidak perlu mengambil peluang
daripada kaedah-kaedah ini, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu beringat
bahawa akhirnya Allah swt sahaja yang menyembuhkan kita. Sekiranya Allah swt
tidak mengizinkan, maka doktor yang paling hebat sekalipun atau ubat yang
paling mahal, atau hospital yang paling bagus tidak mampu menolong kita. Jangan sekalipun lupa bahawa Allah
swt yang meletakkan penyakit kepada sesiapa yang Dia mahu tanpa sebarang sebab
sebagaimana dia menyembuhkan penyakit seseorang tanpa sebarang sebab. Al-Qur’an merekodkan kata-kata Nabi
Ibrahim:
…dan apabila aku sakit, Dialah Yang
menyembuhkan aku.
(Surah ash-Shu’ara’: 80)
Lupa bahawa Allah swt yang menguasai
segalanya, dan dengan demikian, meminta pertolongan daripada sesuatu yang tidak
boleh memberi pertolongan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain,
keputusannya hanyalah kegagalan, di dunia ini dan selepasnya:
Dan berhala-berhala yang kamu seru
selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak dapat menolong dirinya
sendiri.
(Surah al-A’raf: 197)
Ingatlah bahawa kita perlu merasa takut
pada Allah swt dan mahukan keredhaan Allah swt sahaja. Tiada sesiapa yang kita mungkin hormat
atau menganggap mereka penting dan berkuasa sebenarnya mempunyai kuasa yang
hakiki. Oleh yang demikian, ketakutan atau kecintaan terhadap seseorang yang
diiringi dengan perasaan takut, kagum dan cinta yang sepatutnya ditujukan
kepada Allah swt adalah salah satu bentuk syirik, iaitu suatu dosa yang besar:
Dan di antara manusia ada orang-orang
yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintai Allah, Adapun
orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya
orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada
Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah
amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal)
(Surah al-Baqara: 165)
Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam)
juga memberi amaran kepada manusia tentang amalan syirik ini:
“Barang siapa yang berjumpa Allah tanpa menyekutukan-Nya, akan masuk syurga; dan sesiapa yang berjumpa Allah sambil menyekutukan-Nya akan masuk neraka”
[Muslim]
Ini ialah konsep yang penting untuk
difahami. Sekiranya hidup seseorang berlandaskan konsep ini, dia akan sedar
bahawa tiada apa-apa pun yang patut ditakuti, disembah atau diperlukan selain
daripada Allah swt. Dengan demikian, seseorang itu akan mencapai kebebasan yang
hakiki, dan kejayaan, mendapat perlindungan daripada yang Maha Mencipta, yang
Maha Berkuasa. Individu tersebut mengharapkan kebaikan daripada Allah yang Maha
menyempurnakan segala keperluan makhluk-Nya, menurunkan keselamatan kepada
hamba-Nya, menolong mereka yang lemah dan miskin, membalas dengan sepenuhnya
untuk setiap usaha yang dilakukan seseorang:
Maka apakah orang-orang yang mendirikan
masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik,
ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh,
lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan
Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Surah at-Tawba: 109)
Salah satu kesalahan yang besar
kebanyakan manusia lakukan ialah mereka meletakkan kehidupan mereka sepenuhnya
untuk mengembirakan manusia lain. Walau bagaimanapun setiap saat yang digunakan
dan setiap perbuatan yang dilakukan untuk mengembirakan orang lain, sambil
melupakan keredhaan Allah swt, akhirnya akan membawa kepada penderitaan. Mereka
yang faham, Allah swt telah memberikan contoh di dalam al-Quran:
Allah membuat perumpamaan (iaitu)
seorang lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam
perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang lelaki
(saja)? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(Surah az-Zumar: 29)
Allah swt menganugerahkan kepada
hamba-Nya yang hidup berlandaskan hukum-Nya suatu kehidupan yang baik di dunia
dan akhirat. Walaubagaimanapun, mereka yang jauh daripada perkara-perkara yang
diredhai-Nya, mereka yang mengharapkan pertolongan daripada hamba-hamba Allah
swt yang lemah, sama sepertinya, akan akhirnya menderita. Perkara ini
diterangkan dalam satu ayat:
Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim
kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada
diri mereka sendiri.
(Surah Yunus: 44)
Tambahan pula, mereka yang menyekutukan
Allah swt akan ditinggalkan dan dibiarkan di dalam keaiban dan kemiskinan.
“Janganlah kamu adakan tuhan yang lain
di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan
(Allah)”.
(Surah al-Isra’: 22)
Mereka yang cuai dan tidak menyedari
kewujudan Allah swt dalam dunia ini menjalani hidup yang sukar. Hati mereka
tidak mungkin menemui kedamaian dan kegembiraan dalam dunia ini. Malah,
kesengsaraan ini seolah-olah balasan kerana mereka mengaitkan kewujudan sistem
yang sempurna ini kepada suatu kebetulan. Sebagai balasan kepada rasa tidak
bersyukur, api yang panas membara menunggu mereka di akhirat.
Jangan sekalipun lupa bahawa takwa
kepada Allah swt ialah rukun yang asas dalam Islam. Allah swt hanya
mengurniakan kepandaian untuk menilai benar dan batil kepada mereka yang
bertakwa kepada Allah swt. Anugerah ini sememangnya nikmat yang
besar dikurniakan kepada manusia:
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (petunjuk)
dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan
Allah mempunyai kurnia yang besar”.
(Surah al-Anfal: 29)
Al-Qur’an juga ada menyebut tentang
golongan manusia yang tidak bersyukur kepada Allah swt dengan yang sepatutnya
ditunjukkan kepada-Nya dan juga mereka yang tidak takut kepada-Nya walaupun
mengetahui akan kewujudan-Nya:
Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki
kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang kuasa (menciptakan)
pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari
yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang
mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah!. Maka katakanlah:
mengapa kami tidak bertakwa (kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah
Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan
kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?
(Surah Yunus: 31-32)
Orang yang disebut di dalam ayat di atas
sedar akan kewujudan Allah swt malah, meyakininya. Tetapi, dia tidak berasa
takut kepada Allah swt. Mukmin yang sebenar, mempunyai perasaan takut dan hormat
kepada Penciptanya. Perasaan takut pada Hari Pembalasan membuatkan mereka
sensitif terhadap perintah-perintah-Nya. Akibatnya, sama ada seseorang itu
mematuhi segala perintah Allah swt dan menjadi hamba-Nya yang taat atau
mengingkarinya, ia tidak akan mengubah realiti yang dia akan bergegas kepada
Hari yang dia akan kembali kepada Tuhannya.
“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah
bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya”.
(Surah al-Inshiqaq: 6)
Jangan sekalipun lupa bahawa tiada kuasa
selain Allah yang Maha Berkuasa, Yang mempunyai segala kuasa. Mereka yang tidak sedar akan fakta ini
akan meyembah selain daripada Allah swt dan selain itu mereka juga takutkan
sembahan itu sebagaimana mereka takutkan Allah swt. Walau bagaimanapun tiada
seseorang pun atau sesuatu masyarakat yang mempunyai kuasa selain daripada
Allah swt. Semua bergantung kepada Allah swt. Segala yang di langit dan di bumi
berada di bawah kuasa Allah swt secara sukarela atau tidak sukarela.
Daripada satu sel kepada berjuta-juta galaksi, daripada manusia kepada
haiwan, daripada gunung kepada angin, semuanya di bawah kuasa Allah swt. Oleh
sebab itu, jangan sekalipun lupa untuk bersyukur kepada Allah swt sebagaimana
yang telah dinasihatkan di dalam ayat di bawah:
…Supaya kamu duduk di atas punggungmu
kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan supaya
kamu mengucapkan; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami
padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya.
(Surah az-Zukhruf: 13)
Sekiranya bukan daripada kehendak Allah
swt, tiada sesiapa pun boleh membuat atau mengucapkan sesuatu. Sebab itulah
setiap perkataan yang kita dengar atau setiap peristiwa yang kita saksikan
adalah daripada Allah swt, Yang Maha Pelindung dan satu-satunya wali kita.
Sekiranya kita seorang yang beriman, maka segala kebaikan dan kecantikan yang
mutlak adalah tersembunyi bahkan di belakang perkara yang sebaliknya nampak
buruk pada kita. Allah swt mengetahuinya walaupun kita tidak mengetahui. Tidak kira
apa yang kita hadapi di dalam hidup ini, jangan sesekali lupa untuk mengatur
tingkah laku kita dengan fakta ini di dalam minda.
Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan
peluang keampunan sentiasa terbuka. Tidak kira apa kesalahan yang kita lakukan,
jika kita kembali kepada Allah swt dengan ikhlas, rasa kesal dan azam yang kuat
untuk tidak mengulanginya lagi, maka kita akan sentiasa mendapati Allah Maha
Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah swt menyatakan bahawa Dia
mengampuni segala dosa dan kesalahan asalkan hamba-Nya meninggalkan dosa dan
kesalahan itu:
“Katakanlah: hai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah
Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah az-Zumar: 53)
Dalam dunia ini, peluang untuk bertaubat
dan harapan untuk diampunkan untuk kesalahan dan dosa yang dilakukan sentiasa
terbuka. Dalam agama Allah swt, seseorang itu tidak perlu untuk menanggung
beban untuk kesalahannya yang lampau. Mengharapkan keampunan daripada Allah
swt, dan kembali kepada-Nya dengan ikhlas, akan meringankan beban seseorang.
Pada saat itu, dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dan fikirannya bermula
pada saat itu. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa Allah swt hanya menerima
taubat yang ikhlas dan bukannya taubat seseorang yang berada diambang kematian.
Malah Fir’aun yang kejam dan bongkak disebut di dalam al-Quran, mengambil
keputusan untuk beriman apabila dia hampir lemas. Allah swt menyatakan di dalam
al-Quran tentang taubat ketika saat kematian:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah
hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan
yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima
Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah
taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang)
hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia
mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima
taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi
orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”.
(Surah an-Nisa’: 17-18)
Ingatlah bahawa Allah Maha Penyabar. Dia
memberi peluang kepada seseorang walaupun selepas mereka melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah
itu tidak dihukum serta-merta dia tidak sepatutnya membiarkan ia menipu
dirinya. Ini ialah kerana Allah swt memberi peluang kepadanya. Sekiranya dia
sedar akan kesalahannya dan bertaubat, dia akan mendapati Allah Maha Pengampun.
Sebaliknya, sekiranya dia tetap dengan kesalahannya dan berkeras, dia pasti
akan merasai akibat buruk daripada perbuatan-perbuatannya:
“Jikalau Allah menghukum manusia kerana
kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun dari
makhluk ang melata, tetapi Allah menagguhkan mereka sampai kepada waktu yang
ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka,
tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula)
mendahulukannya”.
(Surah an-Nahl: 61)
Jangan sesekali lupa yang kita tidak
boleh menjadi selain daripada hamba kepada Allah swt, kerana Allah swt
menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya:
Dan tidak aku menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(Surah adh-Dhariyat: 56)
Patuh kepada Allah swt yang memberi kita
segala yang kita miliki, yang menciptakan kita dan menganugerahkan kehidupan
yang mana Dia akan menamatkan riwayat hidup kita apabila dikehendaki-Nya,
adalah seperti berpegang dengan cengkaman yang paling teguh yang tidak akan
longgar:
“Dan barangsiapa yang menyerahkan
sirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya
ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya Allah-lah
kesudahan segala urusan”.
(Surah Luqman: 22)
Jadi, jangan sekalipun lupa “ALLAH SWT,
ADALAH TUHAN KITA”…
(Yang memiliki sifat-sifat yang)demikian
itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia;
Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala
sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat
melihat segala pengelihatan itu dan Dia Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-An’am: 102-103)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan