Kisah
dua orang anak yatim yang diceritakan panjang lebar dan ditulis pada kepingan
emas lapan baris ayat yang mengandungi Rahsia tersebut, rahsia tersebut seperti
di bawah :
1. Aku
hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya maut tetapi masih mampu
ketawa.
2. Aku
hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut
takdir Allah SWT yang telah ditentukan tetapi ia masih mencintainya.
3. Aku hairan terhadap sikap manusia
mengetahui bahawa segala yang berlaku adalah mengikut takdir tetapi ia masih
berdukacita dengan apa yang hilang daripadanya.
4. Aku
hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa ada perhitungan terhadap
dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaannya.
5. Aku hairan terhadap sikap manusia
mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan
maksiat.
6. Aku
hairan terhadap sikap manusia mengenal zat Allah SWT tetapi ia mengingatkan
sesuatu selain daripada zat Allah SWT.
7. Aku hairan terhadap sikap manusia
mengetahui bahawa adanya Syurga tetapi ia masih mencari kemewahan di dunia.
8.Aku hairan terhadap sikap manusia
yang menganggapkan syaitan sebagai musuhnya tetapi ia masih mentaatinya.
Kitab
Fadhail Amal.Bab Fadhilat Solat. m/s : 70.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan