1-Kita
tetap akan berjumpa dengan Allah SWT. Surah Al-Kahfi ayat : 110.
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku
bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
2-Supaya
kita tidak dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan yang hina.Surah Al-Mukmin,
ayat : 60.
Dan orang-orang
yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka
yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
3-
Kita pasti akan kembali kepada Allah SWT. Surah An-Nisa’, ayat: 172.
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali
enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap)
malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh
daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia
berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
4-
Allah swt memilki kekuasaan di langit dan di bumi. Surah Al-Maryam, ayat : 65,
Surah Al-Ambiya’, ayat : 19.
“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan
langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia
dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau
mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”
5-
Allah SWT Maha Melihat. Surah Yunus, ayat : 29.
“(Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu,
cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami
tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami).”
Rujukan : Membentuk kecerdasan
daripada Al-Quran m/s : 174.
\
Tiada ulasan:
Catat Ulasan