1265.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu mengerjakan iktikaf pada sepuluh hari yang penghabisan dari bulan
Ramadan."
(Muttafaq
'alaih)
1266.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. mengerjakan iktikaf pada
sepuluh hari penghabisan dari bulan Ramadan, sehingga Allah 'Azzawajalla
mematikannya, kemudian beriktikaflah para isteri beliau s.a.w. itu
sesudahnya."
(Muttafaq
'alaih)
1267.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Nabi
s.a.w. itu mengerjakan iktikaf dalam setiap bulan Ramadan sebanyak sepuluh
hari. Ketika pada tahun beliau s.a.w. dicabut ruhnya yakni tahun
wafatnya, maka beliau s.a.w. mengerjakan iktikaf sebanyak dua puluh hari."
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan