Allah Taala berfirman
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya dalam penciptaan
langit-langit dan bumi serta dalam perbezaan waktu
malam dan siang adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang
yang mempunyai pemikiran yakni yang suka menggunakan akal fikirannya. Mereka
itu sama berzikir kepada Allah sambil berdiri dan duduk dan ketika berbaring
pada lambung-lambungnya yakni ketika hendak tidur," sampai akhirnya beberapa ayat.
(ali-lmran: 190)
1455. Daripada Hudzaifah dan Abu Zar
radhiallahu'anhuma bahawasanya Rasulullah
s.a.w. itu apabila menempati tempat tidurnya yakni akan tidur, beliau s.a.w.
mengucapkan : Bismikallahumma
ahya wa amutu. Dengan menyebut
namaMu, ya Allah, saya hidup dan mati."
(Riwayat Bukhari)
1456. Daripada Ali r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya dan juga kepada Fathimah isterinya Ali r.a:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau berdua menempati
tempat tidurmu yakni akan tidur, atau: jikalau engkau berdua mengambil tempat
pembaringanmu yakni hendak tidur, maka bacalah takbir sebanyak tiga puluh tiga
kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid Juga sebanyak tiga puluh
tiga kali."
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Tasbih itu
sebanyak tigapuluh empat kali."
Dalam riwayat lain lagi disebutkan:
"Takbir itu
sebanyak tiga puluh empat kali."
(Muttafaq 'alaih)
1457. Daripada Abu Hurairah r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau
semua menempati tempat tidurnya yakni akan tidur, maka hendaklah
mengibas-ngibaskan tempat tidurnya dengan sarungnya yang bahagian dalam, sebab
sesungguhnya ia tidak mengetahui apa yang ia tinggalkan di situ, kemudian supaya
mengucapkan yang ertinya: Dengan namaMu ya Tuhanku saya meletakkan lambungku
dan dengan namaMu pula saya mengangkatnya. Jikalau Engkau mengambil jiwaku,
maka kasihanilah ia dan jikalau Engkau biarkan ia yakni tetap hidup, maka
jagalah ia sebagaimana yang Engkau berikan penjagaan itu kepada para hambaMu
yang soleh-soleh."
(Muttafaq 'alaih)
1458. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila mengambil
tempat pembaringannya yakni akan tidur, beliau meniup dalam kedua tangannya dan
membaca surat-surat Mu'awwidzah iaitu surat-surat al-ikhlas, al-Falaq dan
an-Nas-kemudian dengan kedua tangan itu beliau mengusapkan ke tubuhnya.
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam-imam Bukhari dan
Muslim disebutkan demikian:
Yang Bermaksud : “Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila
menempati tempat tidurnya yakni akan tidur pada setiap malamnya, beliau
mengumpulkan kedua tapak tangannya lalu di dalamnya itu membaca: Qul
hu-wallahuahad, Qul a'udzubirabbilfalaq dan Qul a'udzu birabbinn nas, kemudian
dengan kedua tangannya itu beliau mengusap tubuhnya sekuasa yang dicapai
olehnya, dimulai dulu atas kepalanya, lalu wajahnya, kemudian yang berhadapan
dari tubuhnya yakni tubuhnya yang bahagian muka terus yang bahagian belakang.
Beliau s.a.w. mengerjakan sedemikian itu sampai tiga kali.”
(Muttafaq 'alaih)
Para ahli lughah berkata: Annaftsu talah tiupan secara perlahan-lahan
tanpa mengeluarkan ludah.
1459. Daripada al-Bara' bin 'Azib
radhiallahu 'anhuma, katanya: 'Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau mendatangi tempat
pembaringanmu yakni akan tidur, maka berwuduklah dahulu sebagaimana wudukmu
untuk bersolat, kemudian berbaringlah pada belahan tubuhmu sebelah kanan dan
ucapkanlah yang ertinya: “Ya Allah, saya menyerahkan jiwaku kepadaMu, saya
aturkan urusanku kepadaMu, saya tempatkan punggungku kepadaMu. Demikian itu
adalah kerana cinta dan takut kepadaMu. Tiada tempat bersandar dan tiada tempat
berlindung daripadaMu selain kepadaMu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan
dan kepada Nabi yang Engkau Rasulkan.”
Jikalau engkau mati, maka matimu adalah
menetapi kefithrahan yakni tetap dalam Agama Islam, maka itu jadikanlah
ucapan-ucapan itu sebagai kata-kata terakhir yang engkau bunyikan sebelum
tidur."
(Muttafaq 'alaih)
1460. Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. apabila menempati
tempat tidurnya yakni akan tidur, beliau mengucapkan yang ertinya: "Segenap puji bagi Allah yang
memberikan makan dan minum kepada kita, memberikan kecukupan dan tempat
kediaman kepada kita. Maka alangkah banyaknya orang yang tidak mempunyai orang
yang dapat mencukupinya dan tidak pula ada yang memberikan tempat kediaman
padanya."
(Riwayat Muslim)
1461. Daripada Hudzaifah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila
hendak tidur, beliau meletakkan tangan kanannya di bawah pipinya, kemudian
berkata: "Allahumma qini 'adzabaka yawma tab'atsu 'ibadaka yang bererti :
Ya Allah, lindungilah saya dari siksaMu pada hari Engkau membangkitkan seluruh
hambaMu."
Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud
dari riwayat Hafshah radhiallahu 'anha dan dalam Hadis ini disebutkan bahawa
beliau s.a.w. mengucapkan kata-kata di atas itu sebanyak tiga kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan