1359. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya hambasahaya itu apabila suka
menasihati kepada tuannya, berbuat baik dalam beribadat kepada Tuhannya, maka
ia memperoleh pahalanya dua kali."
(Muttafaq
'alaih)
1360.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : ''Seorang hambasahaya yang berbuat kebaikan itu
memiliki dua pahala. Demi Zat yang jiwa Abu Hurairah ada di dalam genggaman
kekuasaanNya, andaikata tiada kewajipan jihad fisabilillah, haji dan berbakti
kepada ibuku, nescayalah saya lebih senang kalau saya mati sedang saya di saat
itu sebagai seorang hambasahaya."
(Muttafaq
'alaih)
1361.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Hambasahaya yang berbuat baik dalam beribadat
kepada Tuhannya dan menunaikan hak kepada tuannya yang sudah menjadi
kewajipannya itu, serta suka memberi nasihat dan taat, maka hambasahaya yang
sedemikian itu mempunyai dua pahala."
(Riwayat Bukhari)
1362.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : “Ada tiga orang yang dapat memiliki dua pahala,
iaitu: Orang dari golongan ahlul-kitab yakni kaum Yahudi dan Nasrani yang
beriman kepada Nabinya yakni Nabi Isa Almasih dan beriman pula kepada Muhammad,
juga hambasahaya apabila suka menunaikan hak Allah dan hak tuannya, demikian
pula seorang lelaki yang memiliki seorang hambasahaya wanita, lalu diberinya
pendidikan memperbaguskan adab kesopanannya, lagi pula diberinya pelajaran dan
memperbaguskan ajaran-ajarannya, kemudian hambasahaya wanita tadi dimerdekakan
terus dikahwin sendiri olehnya, maka orang lelaki itupun dapat memperoleh dua
pahala."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan