Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya menyampaikan selawatnya kepada Nabi yakni Nabi
Muhammad. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan
sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu."
(al-Ahzab:
56)
1394.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia
mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca selawat kepadaku
sekali selawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan
sebab sekali selawat tadi."
(Riwayat
Muslim)
1395.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat
ialah orang yang terbanyak bacaan selawatnya padaku," yakni lebih diutamakan oleh
beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang
terdekat dengannya.
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1396.
Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang
paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat
padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan
kepadaku."
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita
semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur
tubuhnya?" Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata:
"Sedangkan Tuan telah rosak tubuhnya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya
Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1397.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Terkena
debulah hidung seseorang yakni amat hina sekali seseorang yang di waktu
nama saya disebutkan di sisinya, tetapi ia tidak suka membaca selawat
padaku."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1398.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Janganlah engkau semua membuat kuburku itu
sebagai hari raya yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang.
Bacalah selawat padaku kerana sesungguhnya bacaan selawatmu semua itu dapat
sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1399.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada seorangpun yang memberi salam padaku,
melainkan Allah mengembalikan ruhku, sehingga saya dapat rnenjawab salam orang
itu."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1400.
Daripada Ali r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud
: "Orang kikir ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya ia
tidak suka membaca selawat padaku."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
1401.
Daripada Fadhalah bin 'Ubaid r.a., katanya:
Yang Bermaksud
: "Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam
solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Taala dan tidak
pula membaca selawat pada Nabi s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tergesa-gesa sekali orang ini," kemudian orang itu dipanggilnya.
Nabi s.a.w. lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:
"Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah
memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan
padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w., seterusnya bolehlah ia
berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis shahih.
1402.
Daripada Abu Muhammad, iaitu Ka'ab bin 'Ujrah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Nabi s.a.w. keluar pada kita, lalu kita
berkata: "Ya Rasulullah, kita semua telah mengerti bagaimana cara bersalam
kepada Tuan, tetapi bagaimanakah cara kita kalau membaca shalawat kepada
Tuan?" Beliau s.a.w. bersabda:
"Ucapkanlah: "Alhhumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali
Muhammad, kama shallaita 'ala ali Ibrahim, innaka hamidum majid. Allahumma
barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama barakta 'ala ali Ibrahim, innaka
hamidum majid."
Ertinya: Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. Ya
Allah, berikanlah tambahan keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia.”
(Muttafaq
'alaih)
1403.
Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. datang kepada kita dan kita semua sedang dalam majlisnya Sa'ad bin
'Ubadah, lalu Basyir bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w.: "Allah
menyuruh kita supaya kita membaca selawat kepada Tuan, ya Rasulullah, maka
bagaimanakah cara kita mengucapkan selawat kepada Tuan itu?" Rasulullah
s.a.w. lalu diam, sehingga kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau
tadi-tadi Basyir tidak bertanya kepada beliau tentang hal itu. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah:
Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. Kama shailaita 'ala
Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. Kamabarakta 'ala ali
Ibrahim. Innaka hamidum majid.:
Ertinya
periksa dalam Hadis no. 1402 di atas. Adapun tentang salam, maka sebagaimana
yang engkau semua sudah diajari".
(Riwayat
Muslim)
1404.
Daripada Abu Humaid as-Sa'idi r.a., katanya: "Para sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, bagaimanakah cara kita mengucapkan selawat kepada
Tuan?" Beliau s.a.w. bersabda;
Yang
Bermaksud : "Ucapkanlah:
Allahumma shalli 'ala Muhammad, wa 'ala azwajihi wa dzurriyyatihi. Kama
shailaita 'ala Ibrahim. Wa barik 'ala Muhammad, wa 'ala azwajihi wa
dzurriyyatihi. Kama barakta 'ala Ibrahim. Innaka hamidum majid."
Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada
isteri-isteri dan keturunan-keturunannya. Sebagaimana Engkau telah memberikan
tambahan kerahmatan pada Ibrahim.
Dan berikanlah tarnbahan keberkahan pada Muhammad dan pada isteri-isteri
dan keturunan-keturunannya. Sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan
pada Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia.
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan