Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Jun 2013

Bab 256 Uraian Perihal Ghibah, Mengumpat Yang Dibolehkan







Ketahuilah bahawasanya mengumpat itu dibolehkan kerana adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan syarak Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Dalam hal ini adalah enam macam sebab-sebabnya:

Pertama: Dalam mengajukan pengaduan penganiayaan, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dianiaya apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: "Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian".

Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi: "Si Fulan itu mengerjakan demikian, maka itu cegahlah ia dari perbuatannya itu", atau Iain-Iain sebagainya. Maksudnya ialah untuk dapat sampai guna kelenyapannya kemungkaran tadi. Jadi apabila tidak mempunyai maksud sedemikian, maka pengumpatan itu adalah haram hukumnya.

Ketiga: Dalam meminta fatwa yakni penerangan keagamaan. Orang yang hendak meminta fatwa itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang dapat memberi fatwa yakni mufti: "Saya dianiaya oleh ayahku atau saudaraku atau suamiku atau si Fulan dengan perbuatan demikian, apakah ia berhak berbuat sedemikian itu padaku? Dan bagaimana jalan untuk menyelamatkan diri dari penganiayaannya itu? Bagaimana untuk memperoleh hakku itu serta bagaimanakah caranya menolak kezalimannya itu?" dan sebagainya. Pengumpatan semacam ini adalah boleh kerana adanya keperluan. Tetapi yang lebih berhati-hati dan pula lebih utama ialah apabila ia mengucapkan: "Bagaimanakah pendapat anda mengenai seseorang atau manusia atau suami yang berkeadaan sedemikian ini?" Dengan begitu, maka tujuan meminta fatwanya dapat dihasilkan tanpa menentukan atau menyebutkan nama seseorang. Sekalipun demikian, menentukan yakni menyebutkan nama seseorang itu dalam hal ini adalah boleh atau jaiz, sebagaimana yang akan Kami cantumkan dalam Hadisnya Hindun (lihat Hadis no. 1532). Insya Allah.

Keempat: Dalam hal menakut-nakuti kaum Muslimin dari sesuatu keburukan serta menasihati mereka jangan terjerumus dalam kesesatan kerananya. Yang sedemikian dapat diambil dari beberapa sudut, di antaranya ialah memburukkan kepada para perawi Hadis yang memang buruk ataupun para saksi dalam sesuatu perkara. Hal ini boleh dilakukan dengan berdasarkan ijmaknya seluruh kaum Muslimin, tetapi bahkan wajib kerana adanya kepentingan. Di antaranya lagi ialah di waktu bermesyuarat untuk mengambil seseorang sebagai menantu, atau hendak berserikat dagang dengannya, atau akan menitipkan sesuatu padanya ataupun hendak bermuamalat dalam perdagangan dan Iain-Iain sebagainya, ataupun hendak mengambil seseorang sebagai tetangga. Orang yang dimintai mesyuaratnya itu wajib tidak menyembunyikan hal keadaan orang yang ditanyakan oleh orang yang meminta pertimbangan tadi, tetapi bolehlah ia menyebutkan beberapa cela yang benar-benar ada dalam dirinya orang yang ditanyakan itu dengan tujuan dan niat menasihati. Di antaranya lagi ialah apabila seseorang melihat seorang ahli agama(pandai dalam selok-belok keagamaan) yang mundar-mandir ke tempat orang yang ahli kebidaahan atau orang fasik yang mengambil ilmu pengetahuan dari orang ahli agama tadi dan dikhuatirkan kalau-kalau orang ahli agama itu terkena bencana dengan pergaulannya bersama kedua macam orang tersebut di atas. Maka orang yang melihatnya itu bolehlah menasihatinya yakni orang ahli agama itu tentang hal-ehwal dari orang yang dihubungi itu, dengan syarat benar-benar berniat untuk menasihati.
Persoalan di atas itu seringkali disalahgunakan dan orang yang berbicara tersebut  yakni orang yang rupanya hendak menasihati hanyalah kerana didorong oleh kedengkian. Memang syaitan pandai benar mencampur-baurkan pada orang itu akan sesuatu perkara. la menampakkan pada orang tersebut, seolah-olah apa yang dilakukan itu adalah merupakan nasihat tetapi sebenarnya adalah kerana lain tujuan, misalnya kedengkian, iri hati dan sebagainya. Oleh sebab itu hendaklah seseorang itu pandai-pandai meletakkan sesuatu dalam persoalan ini.
Di antaranya lagi misalnya ada seseorang yang sedang mempunyai sesuatu jabatan yang tidak menetapi ketentuan-ketentuan.

1528. Daripada Aisyah radhiallahu ‘anha bahawasanya ada seorang lelaki meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda kepada sahabat-sahabat:

Yang Bermaksud : “Izinkanlah ia, ia adalah seburuk-buruknya orang dari seluruh keluarganya.” 
(Muttafaq ‘alaih)

Imam bukhari mengambil keterangan dari Hadis ini akan bolehnya mengumpat pada orang-orang yang suka membuat kerosakan serta ahli bimbang tidak berpendirian tetap.

1529. Daripada Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

Yang Bermaksud : “Saya tidak menyakinkan kepada si fulan dan si fulan itu bahawa keduanya itu mengetahui sesuatu perihal agama kita.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ia berkata:
“Allaits bin Sa’ad, salah seorang yang meriwayatkan hadis ini berkata: ”Kedua orang lelaki ini termasuk golongan kaum munafik.”

1530. Daripada Fathimah binti Qais radhiallahu 'anha, katanya: "Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya berkata: "Sesungguhnya Abuljahm dan Mu'awiah itu sama-sama melamar diriku." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: 

Yang Bermaksud : "Adapun Mu'awiah itu adalah seorang fakir yang tiada berharta, sedangkan Abuljahm adalah seorang yang tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

Yang Bermaksud : "Adapun Abuljahm, maka ia adalah seorang yang gemar memukul wanita." Ini adalah sebagai tafsiran dari riwayat yang menyebutkan bahawa ia tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya. Ada pula yang mengertikan lain ialah bahawa "tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya" itu ertinya banyak sekali bepergiannya.

1531. Daripada Zaid bin Arqam r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Kita keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan yang menyebabkan orang-orang banyak memperoleh kesukaran, lalu Abdullah bin Ubay berkata: "Janganlah engkau semua memberikan apa-apa kepada orang yang ada di dekat Rasulullah, sehingga mereka pergi yakni berpisah dari sisi beliau s.a.w. itu." Selanjutnya ia berkata lagi: "Nescayalah kalau kita sudah kembali ke Madinah, sesungguhnya orang yang berkuasa akan mengusir orang yang rendah." Saya lalu mendatangi Rasulullah s.a.w. dan memberitahukan hal ucapannya Abdullah bin Ubay di atas. Beliau s.a.w. menyuruh Abdullah bin Ubay datang padanya, tetapi ia bersungguh-sungguh dalam sumpahnya bahawa ia tidak melakukan itu yakni tidak berkata sebagaimana di atas. Para sahabat lalu berkata: "Zaid berdusta kepada Rasulullah s.a.w." Dalam jiwaku terasa amat berat sekali kerana ucapan mereka itu, sehingga Allah Taala menurunkan ayat, untuk membenarkan apa yang saya katakan tadi, iaitu yang ertinya: "Jikalau orang-orang munafik itu datang padamu." 
(al-Munafiqun: 1)
Nabi s.a.w. lalu memanggil mereka untuk dimintakan pengampunan yakni supaya orang-orang yang mengatakan bahawa Zaid berdusta itu dimohonkan pengampunan kepada Allah oleh beliau s.a.w., tetapi orang-orang itu memalingkan kepalanya yakni enggan untuk dimintakan pengampunan." 
(Muttafaq 'alaih)

1532. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Hindun iaitu isterinya Abu Sufyan berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang kikir, ia tidak memberikan nafkah yang dapat mencukupi keperluanku serta untuk keperluan anakku, melainkan dengan cara saya mengambil sesuatu daripadanya, sedang ia tidak mengetahuinya. "Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Ambil sajalah yang sekiranya dapat mencukupi keperluanmu dan untuk kepentingan anakmu dengan baik-baik yakni jangan berlebih-lebihan."

(Muttafaq 'alaih)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan