Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 23 Jun 2013

Bab 230 Sunnahnya Berpuasa Tiga Hari Dalam Setiap Bulan






Yang lebih utama sekali ialah berpuasa tiga hari itu dijatuhkan dalam hari-hari bidh  yang ertinya putih yakni pada tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas. Ada yang mengatakan iaitu tanggal dua belas, tiga belas dan empat belas, tetapi yang shahih dan masyhur ialah pendapat yang pertama.

1255. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya diwasiati oleh kekasihku yakni Nabi Muhammad s.a.w. dengan tiga macam perkara, iaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan dua rakaat solat sunnah Dhuha dan supaya saya bersolat witir sebelum saya tidur." 
(Muttafaq 'alaih)

1256. Daripada Abuddarda' r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya diwasiati oleh kekasihku yakni Nabi Muhammad s.a.w. dengan tiga macam perkara. Saya sama sekali tidak akan meninggalkannya selama saya hidup, iaitu berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan, melakukan solat sunnah Dhuha dan supaya saya tidak tidur dulu sebelum saya bersolat witir." 
(Riwayat" Muslim)

1257. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh."
(Muttafaq 'alaih)

1258. Daripada Mu'adzah a!-'Adawiyah, bahawasanya ia bertanya kepada Aisyah radhiallahu 'anha: "Apakah Rasulullah s.a.w. itu berpuasa sebanyak tiga hari dari setiap bulan?" Aisyah radhiallahu anha menjawab: "Ya." Saya Mu'adzah bertanya: "Dari bulan apa saja beliau s.a.w. berpuasa?" Aisyah menjawab: "Beliau tidak memperdulikan dari bulan manakah beliau berpuasa itu."
(Riwayat Muslim)

1259. Daripada Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau berpuasa tiga hari dari sesuatu bulan, maka berpuasalah pada tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1260. Daripada Qatadah bin Milhan r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kita untuk berpuasa dalam hari-hari bidh yang ertinya putih, iaitu pada tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas." 
(Riwayat Abu Daud)

1261. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu tidak berbuka yakni berpuasa pada hari-hari bidh yang ertinya putih, baik beliau s.a.w. berada di rumah ataupun di dalam perjalanan."


Diriwayatkan oleh Imam Nasa'i dengan isnad yang baik.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan