1350.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Orang-orang yang mati syahid itu ada lima
macam, iaitu orang yang mati kerana penyakit taun yakni pes, orang yang mati
kerana penyakit perut, orang yang mati lemas tenggelam dalam air, orang
yang mati kerana kerobohan pohon, rumah dan Iain-Iain dan orang yang mati
syahid dalam peperangan fisabilillah."
(Muttafaq
'alaih)
1351.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, dari Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apa sajakah yang engkau semua masukkan dalam
hitungan orang-orang yang mati syahid di kalangan engkau semua itu? Para
sahabat menjawab: "Ya Rasulullah, barangsiapa yang terbunuh dalam
melakukan peperangan fisabilillah, maka ia adalah orang yang mati syahid."
Beliau s.a.w. lalu bersabda : "Kalau demikian cara penganggapannya, maka
sesungguhnya orang-orang yang mati syahid di kalangan umatku itu nescaya
sedikit sekali." Mereka lalu bertanya: "Kalau demikian, maka siapa
sajakah ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang
terbunuh dalam melakukan peperangan fisabilillah, maka ia adalah orang yang
mati syahid, juga barangsiapa yang mati dalam melakukan peperangan
fisabilillah sekalipun tidak terbunuh, misalnya jatuh dari kudanya, maka iapun
mati syahid. Demikian pula barangsiapa yang mati kerana dihinggapi penyakit
taun yakni pes, maka itupun orang yang mati syahid, juga barangsiapa yang mati
kerana dihinggapi penyakit perut, maka ia juga mati syahid dan orang yang lemas
yakni mati tenggelam dalam air, itupun syahid."
(Riwayat
Muslim)
1352.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang terbunuh kerana membela
harta yang menjadi miliknya, maka ia adalah syahid."
(Muttafaq
'alaih)
1353.
Daripada Abul-A'war iaitu Said bin Zaid bin 'Amr bin Nufail, salah seorang di
antara sepuluh orang yang disaksikan akan memperoleh syurga yakni bahawa Nabi
s.a.w. telah menjelaskan bahawa mereka itu pasti masuk syurga radhiallahu
anhum, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang terbunuh kerana membela
harta yang dimilikinya, maka ia adalah mati syahid, barangsiapa terbunuh kerana
membela darahnya yakni mempertahankan diri kerana hendak dibunuh oleh
seseorang, maka ia juga mati syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana
mempertahankan agamanya, iapun mati syahid dan barangsiapa yang terbunuh kerana
mempertahankan keluarganya kehormatan mereka, maka ia juga mati syahid".
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1354.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah
s.a.w., lalu berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau
ada seseorang datang hendak mengambil hartaku?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Jangan engkau berikan padanya." Orang itu bertanya:
"Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau ia menyerang saya?" Beliau
menjawab: "Balaslah serangannya!" la bertanya lagi:
"Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau ia berhasil membunuh saya?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Engkau mati syahid." la bertanya pula:
"Bagaimanakah pendapat Tuan jikalau saya dapat membunuhnya?" Beliau
s.a.w. menjawab: "la masuk dalam neraka."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan