Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 23 Jun 2013

Bab 224 Berbagai masalah Dalam Puasa


























1239. Daripada Abu Hurairah ra, NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di antara engkau semua lupa bahawa ia berpuasa, ialu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya yakni hal itu tidak membatalkan puasanya, kerana sesungguhnya Allah itulah yang memberinya makan dan pula minumnya." 
(Muttafaq 'alaih)

1240. Daripada Laqith bin Shabirah ra, katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya berkata: "Ya RASULULLAH, beritahukanlah padaku perihal berwuduk." Beliau SAW bersabda: "Sempurnakanlah wuduk itu, sela-selailah dengan air antara jari-jari, persangatkanlah menghirup air dalam hidung, melainkan jikalau engkau dalam keadaan berpuasa." 
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1241. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dicapai oleh fajar  yakni didahului oleh menyingsingnya fajar, sedang beliau SAW dalam keadaan berjanabat kerana berkumpul dengan isterinya, lalu beliau s.a.w. mandi dan terus berpuasa." 
(Muttafaq 'alaih)

1242. Daripada Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma berkata: 

Yang Bermaksud : "RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berpagi-pagi dalam keadaan berjanabat, bukannya kerana bermimpi maksudnya kerana berkumpul dengan isterinya, kemudian beliau berpuasa."

(Muttafaq 'alaih)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan