Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Dan
nescayalah berzikir kepada Allah itu adalah lebih besar keutamaannya."
(al-'Ankabut:
45)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Maka
berzikirlah engkau semua kepadaKu, tentu Aku akan ingat padamu semua."
(al-Baqarah:
152)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Dan
berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan
dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk
orang-orang yang lalai."
(al-A'raf:
205)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Dan
berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, supaya engkau
semua berbahagia."
(al-Jumu'ah:
10)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
orang-orang Islam, lelaki dan perempuan," sampai kepada firman Allah
Taala: "Dan orang-orang yang berzikir kepada Allah, lelaki dan perempuan
dengan sebanyak-banyaknya, maka Allah menyediakan kepada mereka itu pengampunan
serta pahala yang besar."
(al-Ahzab:
35)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Hai
orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang
sebanyak-banyaknya dan Maha Sucikanlah Allah itu di waktu pagi dan
petang," sampai akhir ayat.
(al-Ahzab:
41-42)
Ayat-ayat
dalam bab ini banyak sekali dan dapat dimaklumi.
1405.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ada
dua kalimat yang ringan pada lisan - yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali
dalam timbangan di akhirat, dicintai oleh Allah Maria Pengasih, iaitu
Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."
Ertinya:
Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah
yang Maha Agung.
(Muttafaq
'alaih)
1406. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Nescayalah
kalau saya mengucapkan: Subhanallah walhamdu lillah wa la ilaha illallah
wallahu akbar - Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan
Allah dan Allah adalah Maha Besar, maka itu adalah lebih saya sukai daripada
apa saja yang matahari terbit atasnya yakni lebih disukai dari dunia dan
seisinya ini."
(Riwayat
Muslim)
1407.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud
: "Barangsiapa
mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, labul mulku wa lahul
hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir ertinya Tiada Tuhan melainkan Allah yang
Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian
dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala scsuatu, dalam sehari seratus kali,
maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang
hambasahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan
dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh
perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang. Tiada
seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang
dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seseorang yang mengerjakan lebih
banyak dari itu."
Beliau
s.a.w. selanjutnya bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih yang bermaksud Maha Suci Allah
dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya, dalam sehari sebanyak seratus kali,
maka dihapuskanlah dari dirinya Semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun kesalahan-kesalahannya
itu banyaknya seperti buih lautan."
(Muttafaq
'alaih)
1408.
Daripada Abu Ayub al-Anshari r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah,
lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -ertinya lihat Hadis no. 1407,
sebanyak sepuluh kali, maka ia adalah sebagaimana seseorang yang
memerdekakan empat jiwa dari keturunan Ismail."
(Muttafaq
'alaih)
1409.
Daripada Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
Yang
Bermaksud : "Tidakkah
engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu perihal ucapan yang paling
dicintai oleh Allah? Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai oleh Allah ialah
Subhanallah wa bihamdih."
(Riwayat
Muslim)
1410.
Daripada Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Bersuci
itu adalah separuh keimanan, bacaan Alhamdulillah itu adalah memenuhi beratnya
timbangan di akhirat, sedang Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi apa
yang ada di antara langit dan bumi."
(Riwayat
Muslim)
1411.
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang Arab yakni penghuni pedalaman negeri Arab datang kepada
Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Ajarkanlah kepada saya sesuatu ucapan
yang baik saya ucapkan!" Beliau s.a.w. bersabda: "Katakanlah:
La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, Allahu Akbar kabira, walhamdu
lillahi katsira, wa subhanaliahi rabbil 'alamin wa la haula wa la quwwata illa
billahil 'azizil hakim."
Ertinya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang
Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah adalah Maha Besar dengan
sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya, Maha Suci
Allah yang menguasai seluruh alam dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan
dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana.
Orang Arab tadi lalu berkata: "Itu semua adalah untuk memuji
Tuhanku. Lalu manakah yang untuk kepentinganku?" Beliau s.a.w. bersabda: "Katakanlah:
Allahummaghfir li warhamni wahdini warzuqni" Ya Allah, berilah pengampunan
pada saya, berilah kerahmatan, juga petunjuk dan rezeki kepada saya.”
(Riwayat
Muslim)
1412.
Daripada Tsauban r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu apabila selesai dari solatnya, beliau s.a.w.
lalu mengucapkan istighfar yakni Astaghfirullah, ertinya: Saya mohon ampun
kepada Allah, sebanyak tiga kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salam,
wa minkas salam, tabarakta ya Dzaljalali wal-ikram."
Ya Allah, Engkau adalah Maha Menyelamatkan, daripadaMulah datangnya
keselamatan, Engkau Maha Tinggi, hai Zat yang memiliki keperkasaan dan
kemuliaan.
Kepada
al-Auza'i ditanyakan dan ini adalah salah seorang yang meriwayatkan Hadis: "Bagaimanakah
ucapan istighfar itu?" la menjawab: "Orang yang
beristighfar itu supaya mengucapkan: Astaghfirullah, astaghfirullah."
(Riwayat
Muslim)
1413.
Daripada Almughirah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila selesai dari
solat dan telah bersalam, lalu mengucapkan:
La ilaha illalahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa
huwa 'ala kulli syai-in qadir - ertinya lihat Hadis no. 1407.
Allahumma la mani'a lima a'thaita wa la mu'thia lima mana'ta wa la
yanfa'u dzaljaddi minkal jaddu ertinya Ya Allah, tiada yang kuasa menolak
terhadap apa saja yang Engkau berikan dan tiada yang kuasa memberi terhadap apa
saja yang Engkau tolak dan tiada akan memberikan kemanfaatan kekayaan itu
kepada orang yang memilikinya daripada siksaMu.
(Muttafaq
'alaih)
1414.
Daripada Abdullah bin az-Zubair radhiallahu 'Anhuma bahawasanya ia mengucapkan
setiap selesai mengerjakan solat dan bersalam:
La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa
huwa 'ala kulli syai-in qadir ertinya lihat Hadis no. 1407. Lahaula wa la quwwata
illabillah Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
La ilaha illallahu wa la na'budu illa iyyahu, lahun ni'mati wa lahut
stsana-ul hasan. La ilaha illallahu mukhlishina lahuddina wa Iau karihal
kafirun.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kita tidak menyembah selain daripadaNya.
BagiNyalah segala kenikmatan dan keutamaan bagi-Nya pula puji-pujian yang baik.
Tiada Tuhan melainkan Allah, kita berikhlas hati menjalankan agama untukNya,
sekalipun orang-orang kafir sama membenci.
Abdullah bin az-Zubair berkata: "Rasulullah s.a.w. bertahlil dengan
yang tersebut di atas itu sehabis setiap bersolat."
(Riwayat
Muslim)
1415.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan para sahabat
Muhajirin mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu berkata:
Yang
Bermaksud : "Orang-orang
yang memiliki harta banyak itu sama pergi yakni meninggal dunia dengan membawa
darjat yang tinggi-tinggi dan kenikmatan yang kekal. Sebabnya ialah kerana
mereka bersolat sebagaimana kita bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kita
berpuasa, lagi mereka mempunyai kelebihan dari harta-harta mereka dan dapat
mereka gunakan untuk beribadat haji, berumrah, berjihad serta bersedekah."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah engkau semua suka kalau saya
ajarkan kepadamu semua sesuatu yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai
pahala orang yang telah mendahuluimu dan dapat mendahului orang yang sesudahmu.
Juga tiada seorangpun yang lebih utama pahalanya daripadamu semua, selain orang
yang mengerjakan sebagaimana yang engkau kerjakan itu?" Mereka menjawab:
"Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Hendaklah
engkau semua membaca tasbih, tahmid dan takbir sehabis solat wajib sebanyak
tiga puluh tiga kali masing-masing."
Abu
Shalih yang meriwayatkan Hadis ini dari Abu Hurairah, ketika ditanya bagaimana
cara menyebutkan tasbih, tahmid dan takbir itu, lalu menjawab: "Orang yang berzikir itu
supaya mengucapkan: "Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar ertinya
Maha Suci Allah dan segenap puji bagi Allah dan Allah adalah Maha Besar."
Sehingga jumlah semuanya itu ada tigapuluh tiga kali.
(Muttafaq
*a!alh)
Imam
Muslim menambahkan dalam riwayatnya:
"Lalu kembalilah kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu
kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita yakni
orang-orang yang berharta sudah sama mendengar apa yang kita kerjakan ini,
kemudian merekapun mengerjakan seperti itu pula." Rasulullah s.a.w. lalu
bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang diberikan
kepada orang yang dikehendakiNya."
Addutsur adalah jamaknya datsrun dengan
fathahnya dal dan saknahnya tsa' yang
bertitik tiga, ertinya ialah harta yang banyak.
1416.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w. bersabda :
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang membaca Subhanallah sehabis tiap bersolat wajib sebanyak tiga puluh
tiga kali dan membaca Alhamdulillah sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula
membaca Allahu Akbar sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan
keseratusnya ia membaca: La iiaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku
wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir ertinya (lihatlah dalam Hadis
no. 1407), maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun
banyaknya itu seperti buih lautan."
(Riwayat
Muslim)
1417.
Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Beberapa
penghujung yang tidak akan rugilah orang yang mengucapkannya atau yang
mengerjakannya sehabis setiap solat yang diwajibkan, iaitu tigapuluh tiga kali
bacaan tasbih, tigapuluh tiga kali bacaan tahmid dan tiga puluh empat kali
bacaan takbir."
(Riwayat
Muslim)
1418.
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu berta'awwudz
yakni berdoa untuk mohon perlindungan pada setiap selesai solat dengan
kalimat-kalimat ini yang ertinya Ya Allah, saya mohon perlindungan
kepadaMu daripada licik dan kikir, saya mohon perlindungan pula padaMu kalau
saya sampai dikembalikan kepada serendah-rendahnya usia yakni usia terlampau
tua, juga saya mohon perlindungan padaMu daripada fitnah dunia serta saya mohon
perlindungan padaMu daripada fitnah kubur."
(Riwayat
Bukhari)
1419.
Daripada Mu'az r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya dan berkata: "Hai
Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu." Beliau
s.a.w. lalu melanjutkan sabdanya: "Saya berwasiat padamu, hai
Mu'az, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan setiap selesai bersolat
mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk
tetap berzikir kepadaMu, serta bersyukur kepadaMu dan beribadat secara baik
kepadaMu."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
1420.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Jikalau
seseorang di antara engkau semua bertasyahhud iaitu mengucapkan bacaan
Attahiyat dan seterusnya, maka pada penghabisannya hendaklah mohon perlindungan
kepada Allah dari empat perkara. Maka supaya ia mengucapkan yang ertinya:
"Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu daripada siksa
neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah di waktu hidup dan setelah mati
dan pula dari kejahatan fitnahnya Dajjal yang mengembara."
(Riwayat
Muslim)
1421.
Daripada Ali r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu apabila berdiri mengerjakan solat, maka
salah satu dari yang terakhir sekali beliau ucapkan antara tasyahhud dan salam,
iaitu bacaan yang ertinya: "Ya Allah, ampunilah saya dosa-dosa yang lampau
dan yang akan datang, juga yang saya sembunyikan serta yang saya tampakkan,
bahkan juga yang saya perlebih-lebihkan dan dosa yang Engkau adalah lebih
mengetahui daripada saya sendiri. Engkau adalah Maha Mendahulukan serta Maha
Mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau."
(Riwayat
Muslim)
1422.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
"Nabi s.a.w. itu memperbanyak dalam mengucapkan ketika rukuk dan
sujudnya, iaitu Subhanakallahumma rabbana wa bihamdikallahummaghfirli yang
bererti : Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kita dan dengan mengucapkan
puji-pujian padaMu, ya Allah berilah pengampunan padaku."
(Muttafaq
'alaih)
1423.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengucapkan
dalam rukuk dan sujudnya: "Subbuhun quddusun Rabbul malaikati warruh Maha
Suci dan Maha Bersih, iaitu Tuhan semua malaikat serta Jibril."
(Riwayat
Muslim)
1424.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Adapun
ketika rukuk maka Maha Agungkanlah Tuhan di dalamnya, sedang ketika sujud, maka
giatlah dalam berdoa, sebab nyata engkau semua akan dikabulkan doamu semua
itu."
(Riwayat
Muslim)
1425.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sedekat-dekat
keadaan seseorang hamba dari Tuhannya ialah di waktu ia sedang bersujud, maka
perbanyakkanlah berdoa dalam sujud itu."
(Riwayat
Muslim)
1426.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengucapkan dalam
sujudnya:
Allahummaghfir li dzanbi kullahu, diqqabu wa jillahu wa awwalahu wa
akhirahu wa 'alaniatahu wa sirrabu yang bererti : ya Allah, berilah
pengampunan padaku akan semua dosaku, yang kecil dan yang besar, yang permulaan
dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang rahsia."
(Riwayat
Muslim)
1427.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Pada
suatu malam saya kehilangan Nabi s.a.w., lalu saya selidiki, tiba-tiba beliau
s.a.w. sedang melakukan rukuk atau sujud dan di situ beliau mengucapkan: Subhanaka wa bihamdika la
ilaha ilia anta yang bererti : Maha Suci Engkau dan dengan mengucapkan puji-pujian
padaMu, tiada Tuhan melainkan Engkau."
Dalam
riwayat lain disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Lalu
jatuhlah tanganku -Aisyah- pada kedua tapak kakinya yang bahagian dalam dan
beliau sedang ada di dalam masjid, sedang kedua tapak kaki itu didirikan. Di
waktu itu beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya: Ya Allah, sesungguhnya saya mohon
perlindungan dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan dengan pengampunanMu
dari siksaanMu. ]uga saya mohon perlindungan padaMu, saya tidak
menghitung-hitungkan pujian atasMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau
pujikan pada diriMu sendiri.
(Riwayat
Muslim)
1428.
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kita semua berada di sisi
Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:
Yang
Bermaksud : "Adakah
seseorang di antara engkau semua itu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam
setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di
waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari
seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang yang
ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu tadi membaca tasbih seratus kali,
maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari
dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat
Muslim)
Al-Humaidi
berkata: "Demikianlah yang disebutkan dalam kitab Muslim yakni dengan
kata-kata: "Au yuhaththu" ertinya: atau dihapuskan.
Al-Barqani berkata: "Hadis ini dtriwayatkan oleh Syu'bah dan juga Abu
'Awanah dan Yahya al-Qaththan dari Musa yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim
dari arahnya itu. Mereka mengatakan: Wa yuhaththu ertinya: dan
dihapuskan, tanpa kata: "Alfin yakni seribu."
1429.
Daripada Abu Zar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Atas
setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu pada setiap
paginya harus ada masing-masing sedekahnya. Maka setiap sekali bacaan tasbih
adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali
bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah,
memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga
sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan
oleh seseorang itu dari solat Dhuha."
(Riwayat
Muslim)
1430.
Daripada Ummul mukminin iaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. keluar
dari rumahnya pada pagi hari ketika bersolat Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di
dalam masjidnya. Kemudian beliau s.a.w. kembali setelah melakukan solat Dhuha,
sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Engkau masih
tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan." Juwairiyah menjawab:
"Ya." Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah
meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata
kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak
hari ini tadi, nescaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada
yang engkau ucapkan. Kalimat-kalimat itu ialah: "Subhanallah wa bihamdihi
'adada khalqihi wa ridba nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kaiimatibi yang
bererti : Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya, sebanyak
hitungan makhluk-Nya, sesuai dengan keredhaan ZatNya, seberat timbangan
'arasyNya dan sepanjang beberapa kalimatNya."
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim lainnya disebutkan: Subhanallah 'adada khalqihi.
Subhanalfah ridha nafsihi. Subhanallah zinata 'arsyihi. Subbanallah midada
kalimatihi."
Dalam
riwayat Imam Termidzi disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau
suka kalau saya ajari beberapa kalimat yang baik engkau membacanya, iaitu: Subhanallah
'adada khalqihi, tiga kali; Subhanallah ridha nafsihi, tiga
kali; Subhanatlah zinata 'arsyihi, tiga kali; Subhanallah
midada kalimatihi, tiga kali."
1431.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi s.a.w,, sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Perumpamaan
orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya
ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu sabda Nabi
s.a.w.
Yang
Bermaksud : "Perumpamaan
rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang
tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan
benda yang mati."
1432.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah
Taala berfirman dalam Hadis qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan yakni
keyakinan hambaKu kepadaKu. Aku adalah beserta hambaKu itu apabila ia berzikir
yakni ingat kepadaKu. Maka jikalau ia berzikir kepadaKu dalam dirinya, maka
Akupun ingat padanya dalam diriKu dan jikalau ia berzikir kepadaKu di kalangan
orang banyak, maka Aku ingat pada orang itu di kalangan makhluk yang lebih baik
dari mereka itu yakni di kalangan para malaikat."
(Muttafaq
'alaih)
1433.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Telah
dahululah orang-orang yang menyendiri." Para sahabat bertanya:
"Siapakah orang-orang yang menyendiri itu, ya Rasulullah?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Mereka itu ialah yang sama berzikir kepada Allah dengan
sebanyak-banyaknya, baik lelaki ataupun perempuan."
(Riwayat
Muslim)
Maksudnya: Menyendiri dalam ingatnya kepada
Allah di waktu orang-orang lain tidak mengingat kepadaNya. Inilah yang lebih
dahulu memperoleh keredhaan Allah Taala.
Diriwayatkan Almufarridun dengan
tasydidnya ra' dan ada yang meriwayatkan dengan takhfifnya - yakni ra'nya tanpa
syaddah lalu dibaca mufridun. Tetapi yang masyhur yang dikatakan oleh Jumhur
Ulama ialah dengan tasydid.
1434.
Daripada Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seutama-utama zikir ialah lafaz La ilaha illallah." Diriwayatkan oleh Imam
Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1435.
Daripada Abdullah bin Busr r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak-yakni
hukum-hukumnya sudah lengkap atas diriku, maka beritahukanlah kepada saya akan
sesuatu yang saya dapat berpegang padanya." Beliau s.a.w. bersabda:
"Supaya lisanmu itu sentiasa basah dengan berzikir kepada Allah."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1436.
Daripada Jabir r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih, maka ditanamlah untuknya sebatang pohon
kurma dalam syurga."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1437.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Saya
bertemu Nabi Ibrahim a.s., pada malam saya diisra'kan, lalu beliau berkata:
"Hai Muhammad, sampaikanlah salam saya kepada umatmu dan beritahukanlah
kepada mereka bahawasanya syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya dan bahawasanya
ia adalah merupakan tanah datar yang rata dan benih tanaman syurga itu ialah:
Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu Akbar."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1438.
Daripada Abuddarda' r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu semua
akan sebaik-baik amalanmu, juga seindah-indahnya bagi Tuhan yang Maha Merajaimu
semua, serta yang tertinggi dalam darjat-darjatmu semua, bahkan lebih baik
untukmu semua daripada menafkahkan emas dan perak, juga lebih baik untukmu
semua daripada engkau semua bertemu dengan musuhmu lalu engkau tebas
leher-leher mereka itu dan merekapun menebas leher-lehermu semua?" Para
sahabat berkata: "Baiklah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu
berzikir kepada Allah Taala."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi. Imam Hakim, Abu Abdillah mengatakan bahawa isnad Hadis ini
adalah shahih.
1439.
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya ia bersama Rasulullah s.a.w. masuk ke
tempat seorang wanita dan di mukanya ada beberapa biji atau beberapa kerikil -
batu-batu kecil - yang digunakan untuk menghitung tasbihnya, lalu beliau s.a.w.
bersabda: "Tidakkah engkau suka kalau
saya memberitahukan padamu tentang sesuatu yang lebih mudah untukmu daripada
ini dan bahkan lebih utama?" Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Iaitu suatu bacaan yang ertinya: Maha Suci Allah sebanyak hitungan
apa-apa yang diciptakan olehNya di langit. Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa
yang diciptakan olehNya di bumi. Juga Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa
yang ada di antara langit dan bumi. Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa
yang diciptakan olehNya. Allah adalah Maha Besar sebanyak seperti itu pula.
segenap puji bagi Allah sebanyak seperti itu pula. Tiada Tuhan melainkan Allah
sebanyak seperti itu pula dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan
pertolongan Allah sebanyak seperti itu pula."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1440.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah sa..w. bersabda
kepadaku:
Yang
Bermaksud : "Tidakkah
engkau suka kalau saya tunjukkan kepadamu pada sesuatu gedung simpanan dari
beberapa gedung simpanan syurga?" Saya yakni Abu Musa berkata:
"Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu
ucapan: La haula wala quwwata ilia billah yang bererti : Tiada daya dan tiada
kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan