Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 27 Jun 2013

Bab 246 Apa Yang Diucapkan Ketika Hendak Tidur Dan Bangun Tidur




1443. Daripada Hudzaifah dan Abu Zar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila menempati tempat tidur yakni hendak tidur, beliau s.a.w. mengucapkan: Bismikallahumma ahya wa amutu yang bererti : Dengan namaMu ya Allah saya hidup dan mati. Dan apabila beliau s.a.w. bangun dari tidur, lalu mengucapkan: Al-hamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihin nusyur yang bererti : Segenap puji bagi Allah yang menghidupkan kita  yakni membangunkan dari tidur sesudah mematikan kita yakni sehabis kita tidur yang disamakan sebagai mati dan kepadaNyalah kita kembali." 

(Riwayat Bukhari)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan