1252.
Daripada Abu Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal
berpuasa pada hari Isenin, lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Itu
adalah hari yang saya dilahirkan di dalamnya dan hari yang saya diangkat
sebagai Rasul atau hari yang pada saya diturunkan al-Quran."
(Riwayat
Muslim)
1253.
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya:
Yang
Bermaksud : "Ditunjukkanlah
amalan-amalan itu oleh para malaikat kepada Allah Taala pada hari Isnin dan
Khamis, maka saya senang jikalau amalanku itu ditunjukkan, sedang saya dalam
keadaan berpuasa."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan, Hadis ini
diriwayatkan pula oleh Imam Muslim, tanpa menyebutkan berpuasa.
1254.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. berusaha keras untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana besarnya
keutamaan yang terdapat di dalamnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan