Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 26 Jun 2013

Bab 242 Kitab Memuji Dan Bersyukur Kepada Allah Taala Memuji Dan Bersyukur Kepada Allah Taala




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Maka Ingatlah olehmu semua akan Daku, nescayalah Aku ingat padamu semua dan bersyukurlah pula kepadaKu dan jangan kafir padaKu," yakni: menutupi kenikmatan-kenikmatan yang telah dikurniakan." 
(al-Baqarah: 152)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Nescayalah jikalau engkau semua bersyukur padaKu, pastilah Aku akan menambahkan kenikmatan itu padamu semua." 
(Ibrahim: 7)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang Bermaksud : “Katakanlah: "Segala puji-pujian itu adalah untuk Allah."
(al-lsra': 111)

Allah Taala berfirman pula: 

Yang Bermaksud : "Dan akhir doa mereka dalam syurga ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam ini." 
(Yunus: 10)

1390. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya "Nabi s.a.w. pada malam beliau diisra'kan, beliau diberi dua buah gelas yang masing-masing berisi arak dan susu. Beliau s.a.w. melihat keduanya itu, lalu mengambil yang berisikan susu. Jibril a.s. berkata: "Alhamdulillah yakni segenap puji-pujian bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepada Tuan kepada kefithrahan ini kefithrahan yakni kemurnian sejak manusia dilahirkan yakni Agama Islam. Andaikata Tuan mengambil arak, nescayalah umat Tuan sesat semuanya."
(Riwayat Muslim)

1391. Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Segala perkara yang mempunyai kepentingan menurut syarak yang tidak dimulai melakukannya dengan ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lainnya.

1392. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Apabila anak seseorang hamba itu meninggal dunia, maka berfirmanlah Allah kepada para malaikatNya: "Apakah engkau semua sudah mencabut ruhnya anak hambaKu." Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman lagi: "Apakah engkau semua sudah mengambil buah hatinya." Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman lagi: "Kemudian bagaimanakah ucapan hambaKu itu." Mereka menjawab: "la memuji kepadaMu serta mengucapkan istirja'," iaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ertinya: Sesungguhnya kita semua ini adalah milik Allah dan kita semua tentu kembali kepadaNya. Allah Taala lalu berfirman: "Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah dalam syurga dan namakanlah rumah itu dengan sebutan: Baitulhamd yakni Rumah Pujian."
Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1393. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha kepada seseorang hamba yang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu." 

(Riwayat Muslim)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan